Ingin menempah meja makan untuk berbuka puasa di Seoul Garden? Kini anda boleh melakukan dua pilihan tempahan sama ada menerusi panggilan telefon ataupun melalui tempahan secara atas-talian.
Bermula 4 Mac hingga 19 April, Seoul Garden bersedia untuk menjadikan detik berbuka puasa anda istimewa dengan kempen Citarasa Ramadan.
Naik taraf tempahan anda kepada sajian Superior Tier dan nikmati sehingga 116 makanan lazat yang menampilkan daging lembu import Australia, ketam segar, salmon, udang harimau dan banyak lagi.
Berikut adalah tips dan panduan untuk anda membuat tempahan slot berbuka puasa di Seoul Garden di sepanjang Ramadan ini.
- Sila buat tempahan anda sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.
- Sekiranya anda selesai membuat tempahan, krew Seoul Garden akan menghubungi anda antara jam 4:00 petang dan 6:00 petang untuk mengesahkan tempahan anda (di hari tempahan)
- Jika pihak Seoul Garden tidak dapat menghubungi anda, sila pastikan anda tiba di kedai selewat-lewatnya pada jam 6:45 petang untuk mengesahkan slot anda. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pelepasan meja untuk pelanggan yang datang.