Pada hari ini, 8 Mac 2024, Google menampilkan sebuah doodle khusus buat wanita yang diraikan di seluruh dunia di laman utama Google.
Doodle yang diperlihatkan ini mengetengahkan sekumpulan wanita dari pelbagai generasi – dan dihamparkan juga selimut besar yang mewakili kebijaksanaan dan kemajuan yang telah dicapai.
Direka oleh Sophie Diao yang mengambil inspirasi dari kehidupan beliau, doodle ini digambarkan bagaimana setiap lapisan generasi ini menyumbang kepada apa yang dicapai sekarang – tidak kira pengalaman mereka, pengetahuan mereka mahupun sikap mereka yang membentuk kemajuan wanita pada kini.

Menurut Sophie Diao juga, menerusi doodle ini, beliau ingin bersama-sama meraikan wanita di seluruh dunia akan pencapaiannya kerana tanpa semangat yang cekal, tindakan yang berani dan keinginan yang membara, kemajuan yang diperoleh oleh wanita selama ini tidak akan dapat dicapai.
Jelas digambarkan bahawa terdapat pelbagai perkara yang telah berjaya dilakukan oleh wanita yang boleh anda lihat melalui doodle Google sempena Hari Wanita 2024 ini. Ianya tidak hanya tertumpu kepada diri mereka sendiri, tetapi juga bagaimana mereka menyokong dan memberi sumbangan kepada keluarga dan komuniti setempat.