Carian
Jom Dapatkan Baju Raya Berharga Bawah RM100 Di ZALORA
March 26, 2024 Lina Rosli

“Beli awal tak kalut.”

Sudah hampir memasuki bulan Ramadan ini, pasti ramai yang sudah sibuk mencari kelengkapan raya tidak kiralah langsir baharu, balang raya baharu ataupun baju baharu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimana dengan tema raya anda tahun ini? Sudahkan anda menetapkan warna yang ingin diperagakan untuk lebaran kali ini? Ataupun adakah anda masih lagi sedang mencari warna yang sesuai di butik-butik atau kedai-kedai atas talian?

Untuk memudahkan anda memilih baju yang ingin dipakai sewaktu hari raya kelak, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda 8 koleksi baju yang boleh anda beli di Zalora pada harga bawah RM100.

Zalora – Lubna Linna Peterpan Collar Kurung

Harga: RM74 – RM110 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia kecuali M

Bagi anda yang mungkin memilih hijau sebagai warna tema, anda mungkin boleh menambah baju ini ke dalam senarai pembelian.

(Pautan pembelian)

Zalora – Zalia Basics Front Slit Top With Skirt Set

Harga: RM95 – RM118 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia kecuali XL

Menawarkan baju kurung moden tanpa rekaan. Terdapat 3 pilihan warna yang ditawarkan iaitu Hitam, Emerald dan Mauve yang mana ia boleh dipadankan dengan mudah, bersesuaian dengan tema hari raya Aidilfitri anda.

(Pautan pembelian)

Zalora – Lubna Mina Kurung With Ruffles

Harga: RM78 – RM159 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia kecuali XL

Hadir dengan rekaan kurung moden bercorak, sememangnya akan memberikan imej yang cukup sempurna untuk digayakan pada pagi raya.

(Pautan pembelian)

Zalora – Lubna Kamelia Kurung Kedah

Harga: RM74 – RM159 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia

Sekiranya anda memilih warna kuning untuk digayakan pada pagi raya kelak, koleksi kurung keda dari Lubna ini menawarkan pilihan baju yang bergaya yang boleh anda dapatkan pada harga yang rendah.

(Pautan pembelian)

Zalora – Lubna Cotton Knit Widuri Co-Ord Set

Harga: RM65.25 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia

Untuk anda yang memerlukan baju kurung dengan rekaan minimal dan yang mungkin baju raya untuk malam hari, Lubna menawarkan set kurung yang selesa dan mudah untuk digayakan ketika menyambut tetamu di rumah.

(Pautan pembelian)

Zalora – Zalia Printed Top With Skirt Set

Harga: RM65.25 (Promosi) | Saiz: XS, M, L

Menawarkan kebarung moden dengan rekaan minimalis pada bahagian baju dan tanpa corak pada bahagian kain. Ini sesuai dibeli untuk anda yang inginkan tema pakaian yang lebih klasik namun masih mencari elemen moden di dalam gaya.

(Pautan pembelian)

Zalora – Era Maya Tiny Floral Light Very Peri Purple Baju Kurung Moden

Harga: RM76.45 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia kecuali saiz S dan M

Sekiranya anda meminati corak atau motif bunga kecil pada baju kurung, Era Maya menawarkan pelbagai pilihan baju kurung yang boleh anda dapatkan pada harga yang mampu milik.

(Pautan pembelian)

Zalora – Zalia Mixed Lace Kurung Set With Drape Skirt

Harga: RM80.51 (Promosi) | Saiz: Semua saiz masih tersedia kecuali saiz XL

Menawarkan rekaan corak yang cukup anggun, Zalia Mixed Lace Kurung Set With Drape Skirt menawarkan baju kurung lace yang kelihatan moden. Sesuai untuk anda yang menggemari rekaan minimalis tetapi elegan di pagi raya.

(Pautan pembelian)

Berikut adalah beberapa pilihan baju kurung untuk raya tahun ini sekiranya anda memiliki bajet yang tidak besar. Sekiranya anda mempunyai cadangan lain, jangan lupa untuk kongsikan bersama pembaca Tajria!

Komen