Carian
Trend Raya Shopee 2024: Baju Raya Warna Jingga Bata, Kek Lapis Dan Gaya Retro Antara Yang Popular Tahun Ini
March 8, 2024 Lina Rosli

Apabila buka sahaja halaman utama Shopee, anda pastinya menyaksikan ribuan barangan dan produk yang kini ditawarkan di dalam platform edagang berkenaan.

Produk ini merangkumi barangan fesyen dan kecantikan, kelengkapan rumah, barangan dapur, keperluan perubatan dan suplemen, makanan dan banyak lagi.

Terkini, Shopee telah berkongsi beberapa tabiat pembelian pengguna di Malaysia – yang juga telah menjadi trend menjelang Ramadan dan Syawal ini yang mana ia menunjukkan tiga item yang paling mendapat perhatian iaitu kek lapis, Tarakucha Retro dan warna jingga bata.

Berdasarkan perkongsian Shopee lagi, 9 daripada 10 pengguna juga akan memastikan tema warna untuk raya bersama sekeluarga adalah sama dan sedondon.

Dan daripada tema sedondon, 93% pengguna mahu gaya yang mesra keluarga, 3% akan menggabungkan satu gaya dengan gaya lain untuk baju raya. Manakala 4% pula suka mendapatkan gaya yang lain dari ahli keluarga yang lain.

Warna tema yang paling mendapat sambutan adalah:

  • 45% pengguna memilih warna neutral untuk dijadikan baju raya tahun 2024
  • 20% pengguna memilih warna gelap sebagai tema baju raya tahun 2024
  • 15% pengguna telah menetapkan warna jingga bata sebagai warna tema raya 2024
Komen