Carian
Menu Ramadan Secret Recipe Menampilkan 4 Pilihan Nasi Kerabu Istimewa – Antaranya Nasi Kerabu Ikan Saba Kunyit Bakar, Nasi Kerabu Sotong Goreng Kunyit
March 11, 2024 Lina Rosli

Menjelang Ramadan ini, Secret Recipe menawarkan menu istimewa “Jom Berbuka” kepada semua rakyat Malaysia.

Berilhamkan Nasi Kerabu yang menjadi masakan warisan negeri Kelantan, Secret Recipe mengajak pelanggan untuk menikmati pelbagai pilihan Nasi Kerabu Istimewa sepanjang bulan Ramadan ini.

Dibawakan buat tahun keempat berturut-turut, dari 8 Mac hingga 9 April, Secret Recipe menjemput seisi keluarga dan orang ramai untuk berbuka puasa di restoran mereka bagi menikmati cita rasa asli Nasi Kerabu yang disediakan dalam set hidangan.

Bagi anda yang tidak mengetahui tentang Nasi Kerabu, kebiasaannya versi Nasi Kerabu klasik hadir dalam bentuk asli yang paling ringkas. Nasi berwarna biru dihidangkan bersama telur masin, sayur segar, keropok ikan, sos kelapa, sambal dan sos budu untuk memberikan tekstur dan perisa yang beraneka lagi lazat. 

Istimewa di Secret Recipe, penggemar makanan laut boleh memesan Nasi Kerabu dengan Ikan Saba Kunyit Bakar , iaitu nasi kerabu berlauk ikan bakar dilumuri kunyit atau Nasi Kerabu dengan Sotong Goreng Kunyit yang menghidangkan nasi kerabu berlauk sotong goreng kunyit yang menambat selera.  

Akhir sekali tetapi tidak kurang lazat ialah kombinasi klasik Nasi Kerabu dengan paha ayam yang mesti dicuba. Diperap dengan kuah percik pedas berempah, anda boleh memilih Nasi Kerabu dengan Ayam Percik atau Nasi Kerabu dengan Ayam Rangup, kedua-duanya dimasak dengan kaedah masakan berbeza tetapi sama enak, iaitu dipanggang atau digoreng garing. 

Untuk kumpulan yang lebih besar, anda boleh jimat sehingga RM30 apabila anda memesan hidangan bersama untuk dua atau empat orang, membawakan kombinasi hebat Nasi Kerabu dengan tiga lauk berprotein.

Bukan itu sahaja, lengkapkan hidangan anda dengan minuman menyegarkan seperti Rose Calamansi Fizz atau Plum Calamansi Fizz pada harga diskaun RM6.80, atau pesan Keropok Ikan tambahan pada harga RM5.90 untuk santapan Ramadan yang benar-benar memuaskan. 

Selain itu, anda juga boleh menikmati kek Chocolate Indulgence sebagai manisan pencuci mulut yang boleh didapati dalam saiz 6.5 inci (berat 1kg) di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung Malaysia, pada harga RM88 untuk dibawa pulang dan RM96.30 untuk makan di restoran.

Kek bersaiz baharu ini sesuai dikongsi bersama keluarga kecil atau pasangan muda, yang boleh dipotong empat hingga enam potongan kek.

Komen