Pada Hari Kesihatan Pergigian Sedunia ini, Sensodyne melancarkan Sensodyne Sensitiviti Gusi & Enamel. Produk ini merupakan sebuah inovasi terbaharu yang terbukti secara klinikal dengan formula tiga mod tindakan khusus yang memberikan kelegaan sensitiviti yang berpanjangan, membantu memulihkan kesihatan gusi dan menguatkan enamel dalam tempoh dua minggu.
Teknologi Micro Foam yang ditampilkan di dalam ubat gigi ini berkesan – hadir dengan bahan aktif seperti Fluorida Stannous bagi memudahkan ia membersihkan sehingga ke kawasan yang sukar dicapai di antara gigi dan di sepanjang garis gusi.
Masalah kesihatan gigi dianggap sebahagian besarnya boleh dicegah melalui kebersihan mulut yang berkesan, namun angka kekerapan masalah ini masih tinggi.
Di Malaysia, 94% orang dewasa Malaysia mengalami masalah gusi, 71% menderita sensitiviti gigi, dan hampir 46% mengalami gigi kuning, yang mungkin disebabkan oleh kehilangan enamel.
Dapatan ini menunjukkan kepentingan pengguna yang ketara terhadap penyelesaian dalam menangani pelbagai masalah kesihatan gigi di Malaysia. Sensitiviti pada gigi disebabkan terutamanya oleh masalah gusi dan hakisan enamel.
Enamel ialah lapisan pelindung paling luar gigi yang mungkin lemah mengikut peredaran masa akibat asid dalam makanan dan minuman biasa, manakala masalah gusi berpunca daripada pengumpulan bakteria plak.
Untuk pengetahuan anda, seramai 9 daripada 10 orang dewasa berisiko kehilangan enamel akibat makanan berasid, namun begitu ramai yang tidak menyedari kesannya terhadap gigi kita.
Jadinya, melalui pengenalan Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel dan kempen #BetterOralCareNation, ia dijangka dapat memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mulut mereka dengan menyampaikan penyelesaian yang boleh diakses.
Bagi anda yang ingin Ubat gigi Sensodyne Sensitivity Gum & Enamel boleh didapati di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh Malaysia.
Untuk mengetahui selanjutnya kempen tersebut, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.