Carian
ZUS Coffee Lanjutkan Waktu Operasi Sempena Ramadan Sehingga Jam 1.45 Pagi Di Beberapa Cawangan Terpilih
March 12, 2024 Lina Rosli

Bersempena bulan Ramadan ini, ZUS Coffee mengumumkan lanjutan waktu operasi sehingga jam 1.45 pagi bagi beberapa rangkaian terpilih di seluruh negara.

Dengan ini, anda boleh mendapatkan minuman kegemaran anda selepas selesai solat Terawih dengan lebih mudah. Menarik bukan?

Berikut adalah senarai waktu operasi baharu di beberapa cawangan ZUS Coffee bermula 12 Mac hingga 9 April 2024.

Serba sedikit mengenai ZUS, kopi yang dibancuh ZUS menggunakan biji yang diperoleh daripada Brazil FAF dan memanggangnya secara tempatan. Dengan ini, ia bukan hanya memudahkan mereka untuk mengawal kualiti dan titik harga untuk kopi, tetapi juga menjadikan kopi istimewa mampu milik untuk semua orang.

Bagi anda yang belum pernah mencuba kopi dari ZUS Coffee, mula lakukan pesanan hari ini sama ada pembelian terus di kedai fizikal ataupun secara atas-talian menerusi aplikasi ZUS Coffee, GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood.

Komen