Carian
PAZZION Memperkenalkan Koleksi Baju Dan Kasut Raya “Ageless Traditions” – Sesuai Untuk Anda Yang Menggemari Fesyen Minimalis
March 13, 2024 Lina Rosli

PAZZION mempersembahkan Koleksi Raya “Ageless Traditions” sempena sambutan Hari Raya tahun ini. Koleksi raya ini menjemput individu untuk menikmati keindahan tradisi abadi dengan kasut yang melangkaui sempadan generasi.

Koleksi ini direka untuk melengkapkan budaya perayaan sekaligus mencerminkan nilai estetika Hari Raya sambil meraikan gaya individu yang boleh diterima oleh wanita di mana-mana peringkat kehidupan.

Koleksi Raya’24 ini telahpun dilancarkan – mulai 13 Mac 2024 secara atas talian dan anda juga turut boleh mendapatkannya di kedai. Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi PAZZION Raya’24, anda boleh melayari laman web PAZZION di www.pazzion.com bermula hari ini.

Komen