Carian
Pesan Hidangan Ayam Gepuk Top Global Kegemaran Anda Secara Atas-Talian
March 13, 2024 Lina Rosli

Bersempena Ramadan ini, jenama makanan Ayam Gepuk Top Global mengajak anda untuk melakukan tempahan hidangan ayam gepuk kegemaran anda menerusi platform atas talian mereka.

Anda hanya perlu memilih hidangan yang dikehendaki, dan kemudian teruskan pembayaran secara atas-talian. Sebelum memproses transaksi, anda perlu mengisi butiran peribadi untuk memastikan pesanan anda lengkap.

Selain itu, anda juga perlu memastikan lokasi Ayam Gepuk Top Global anda ditetapkan dengan tepat dan betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak kelancaran sewaktu tiba di kedai makan.

Sekiranya anda ingin makan di kedai, anda perlu melengkapkan butiran tempahan seperti:

  • Tetapkan cawangan
  • Tarikh tempahan
  • Bilangan individu
  • Waktu tiba

Mudah bukan? Anda boleh mula tempah hidangan Ayam Gepuk Top Global anda bermula hari ini dan nikmati pelbagai juadah baharu yang tersedia.

Komen