Baru-baru ini, Samsung Malaysia telahpun melancarkan telefon terpintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G.
Peranti ini menampilkan spesifikasi yang cukup menarik selain menawarkan sokongan kemaskini selama empat generasi Android dan lima tahun kemaskini sekuriti.
Dari segi rekaan, kedua-dua peranti ini tidak menampilkan perbezaan rekaan peranti yang ketara. Untuk Samsung Galaxy A55 5G, saiz skrin yang ditawarkan adalah sebesar 6.6-inci FHD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dilengkapi memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 256GB.
Untuk kamera, Samsung Galaxy A55 5G hadir dengan kamera belakang utama 50-megapixel, lensa ultra-lebar 12-megapixel dan lensa makro 5-megapixel. Manakala kamera swafoto, peranti ini hadir dengan sensor 32-megapixel.
Sementara Samsung Galaxy A35 5G pula, ia dilengkapi skrin 6.6-inci FHD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Untuk kamera, peranti ini menawarkan lensa kamera utama 50-megapixel, lensa 8-megapixel ultra-lebar, dan lensa makro 5-megapixel. Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 13-megapixel.
Kedua-dua peranti ini menawarkan bateri 5000mAh, sistem operasi Android 14, dengan antaramuka OneUI 6.1.
Apa yang menarik untuk model Samsung Galaxy A kali ini, Samsung menampilkan sokongan Samsung Knox Vault. Sokongan ini berfungsi untuk melindungi maklumat kritikal dan melindungi data pengguna daripada ancaman masa nyata. Ia juga hadir dengan perlindungan kolaboratif yang merentas keseluruhan ekosistem Galaxy.
Untuk lebih banyak cara untuk kekal dilindungi, siri Galaxy A menawarkan Auto Blocker yang membolehkan peranti menyekat pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan, menyediakan semakan keselamatan aplikasi dan menyekat arahan dan pemasangan perisian yang berpotensi berniat jahat.
Menjadikannya lebih selamat lagi, kedua-dua peranti ini boleh menggunakan Security & Privacy Dashboard – membantu melihat dan mengawal perkara yang berlaku pada data pengguna dan menarik balik sebarang kebenaran apabila mereka memilih.
Untuk memastikan kerahsiaan, pengguna boleh mengawal kebenaran akses penerima dan tarikh tamat tempoh fail, sambil turut memilih untuk mengehadkan tangkapan skrin atau muat turun.