Nike dengan kerjasama GMG mengumumkan pembukaan kedai Nike TRX yang inovatif – menampilkan ruang runcit revolusioner yang direka dengan teliti bagi menepati keperluan penggemar sukan.
Kedai konsep Nike TRX ini hadir dengan ruang persekitaran dinamik di mana ahli bukan sahaja dapat mencari inspirasi tetapi juga berhubung dengan komuniti tempatan.
Nike TRX menawarkan koleksi pakaian susun atur yang disesuaikan untuk tarian, kecergasan, berlari, yoga, pakaian jalanan, bola keranjang dan kanak-kanak.
Menjadi pengalaman pembelian lebih lancar, Nike juga hadir dengan para pekerja yang sangat terlatih bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan, daripada sesi penggayaan pakar kepada kelengkapan pakaian dan kasut yang disesuaikan dengan pengunjung.
Pengalaman membeli-belah yang lancar di Nike TRX direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna, mewujudkan ruang yang bukan sahaja memenuhi keperluan individu tetapi juga memupuk semangat kemasyarakatan.
Dengan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif dan komitmen terhadap gaya hidup sihat, Nike TRX berdiri sebagai mercu tanda bagi mereka yang mencari lebih daripada sekadar pengalaman runcit – ia adalah destinasi yang menggabungkan gaya, komuniti dan prestasi.
Sekiranya anda ingin berkungjung ke Nike TRX, kedai ini terletak di aras 2, L2.77-2.79 Persiaran TRX Tun Razak Exchange Kuala Lumpur.