Carian
UNIQLO Memperlihatkan Koleksi Eksklusif COMPTOIR DES COTONNIERS 2024
March 15, 2024 Lina Rosli

UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi UNIQLO U Musim Bunga/Musim Panas dan COMPTOIR DES COTONNIERS 2024 – pada 29 Mac 2024.

Bagi yang tidak mengetahui, Comptoir des Cotonniers menawarkan koleksi keanggunan Perancis berkualiti tinggi dalam warna bergaya Perancis yang terus digemari merentas generasi wanita sebagai gaya mewah Perancis yang mampu dimiliki.

Koleksi kerjasama ini menggabungkan intipati UNIQLO LifeWear dengan komitmen Comptoir des Cotonniers kepada reka bentuk yang halus yang membolehkan anda mengekspresikan diri anda secara bebas dan yakin.

Pemilihan warna neutral ini dilihat berfungsi untuk mengetengahkan gaya kasual Perancis, dalam campuran linen untuk pemakaian yang ringan dan selesa.

Menampilkan volum ringan, fabrik yang mewah yang mana menggabungkan linen yang menyegarkan dengan viscose licin.

Terdapat pelbagai pilihan pakaian yang ditawarkan – ini termasuk gaun kemeja campuran linen yang boleh dipelbagaikan di bahagian pinggang untuk mencipta siluet untuk pakaian kasual atau pintar, jaket campuran linen dengan siluet santai boleh dipadankan dengan seluar pendek dan seluar dari bahan yang sama serta baju sejuk campuran linen dalam corak jalur sempadan yang berani diaksen dengan butang di bahu kiri.

Komen