Carian
Hidangan Ramadan Marrybrown Menampilkan Kombo Burger Ayam Penyet Dan Ayam Penyet Box Meal
March 18, 2024 Lina Rosli

Sambil mempersiapkan diri untuk ketibaan Syawal dan sempena bulan yang mulia ini, Marrybrown kembali lagi dengan Menu Riang Ramadan Raya dengan memperkenalkan hidangan terbaharu Ayam Penyet bersama sajian istimewa kegemaran ramai.

Disediakan secara eksklusif sepanjang bulan Ramadan dan Syawal bermula hari ini sehingga 28 April 2024, Marrybrown menawarkan menu dengan ‘sesuatu yang berbeza’ iaitu menu memfokuskan Ayam Penyet yang disempurnakan dengan ramuan yang menyelerakan.

Antara menu yang tidak boleh anda lepaskan peluang adalah Kombo Burger Ayam Penyet yang menampilkan Ayam Goreng MB yang diapit dengan roti gebu hijau, dengan sambal istimewa, bermula harga dari RM17.60.

Anda juga boleh menikmati Kombo Nasi Ayam Penyet, dengan hidangan nasi aroma yang bersama dengan Ayam Goreng MB bersama kriuk kriuk yang rangup, tempe, sambal istimewa dan dilengkapkan dengan sup, bermula harga dari RM16.90.

Penggemar ayam boleh mendapatkan Kombo Ayam Penyet yang dihidangkan dengan 2 ketul Ayam Goreng MB bersama kriuk kriuk rangup, dan sos sambal istimewa, bermula harga dari RM19.50.

Bagi mereka yang inginkan sajian yang lengkap, hidangan Ayam Penyet Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan kombo yang pasti memuaskan citarasa anda. Hidangan ini menampilkan Burger Ayam Penyet, 1 ketul Ayam Penyet, kentang goreng, dan Green Apple Fizz bersama Chewy Pearls, bermula harga dari RM26.90.

Hilangkan dahaga anda dengan Green Apple Fizz bersama Chewy Pearls, minuman berperisa epal hijau dan boba yang menyegarkan, tersedia dengan semua hidangan kombo. Atau anda juga boleh mendapatkan Pai Coklat yang menampilkan isi coklat yang kaya berkrim dalam pastri rapuh yang sedap, bermula harga dari RM4.50.

Komen