Carian
ZALORAYA 2024 Memperlihatkan Koleksi Busana Yang Variasi Dari 10 Jenama Fesyen Tempatan
March 18, 2024 Lina Rosli

Sudah lebih seminggu kita menyambut Ramadan, dan kini nampaknya semakin banyak platform edagang fesyen sudah mula menawarkan barisan koleksi baju raya yang menarik kepada umum.

Tidak ketinggalan, ZALORA kini nampaknya sudah mula mempersiapkan platform mereka dengan barisan peragaan dari jenama-jenama fesyen tempatan yang termuka.

Antara jenama yang diperlihatkan pada acara #ZALORAYA2024 termasuklah NH By Nurita Harith, Lubna, Zalia, Maslea, TAS by Tom Abang Saufi, Alia B, FM oleh Fuzana Mokhtaza, AfiqM dan juga Yadotsa.

Tahun ini, ZALORA turut melakukan tambahan baharu di dalam senarai jenama fesyen mereka – label Indonesia Embara dan Ria Atelier.

Kesemua jenama ini dilihat menampilkan idea dan konsep rekaan mereka yang tersendiri. Yang mana ia merangkumi penggunaan warna bagi setiap busana, corak dan rekaan yang bersesuaian selain turut menampilkan aksesori lain yang melengkapkan lagi gaya sempena Syawal kelak.

Apa yang menarik pada tahun ini, penyanyi rap Malaysia, Joe Flizzow memulakan debutnya dengan BERLIAN, barisan kancing untuk baju Melayu. Ia telah didedahkan pada persembahan ZALORAYA 2024 bersama-sama dengan pratonton eksklusif video muziknya yang akan datang, dan boleh didapati secara eksklusif di ZALORA.

Komen