llaollao merupakan sebuah jenama francais yogurt beku yang diasaskan di Denia, Sepanyol. Ia menawarkan aiskrim atau lebih dikenali sebagai froyo yang diperbuat daripada susu skim.
Menjadikan froyo ini digemari ramai, llaollao menawarkan pilihan topping yang variasi termasuk buah-buahan, bijirin dan juga pelbagai jenis sos.
Terbaru, llaollao memperkenalkan sos baharu – sos gula melaka. Ia merupakan sos edisi terhad bersempena Ramadan dan Syawal ini.

Untuk mencubanya, anda boleh mengunjungi kedai fizikal llaolao berdekatan anda atau dapatkan hidangan tersebut sama ada melalui pesanan atas talian di GrabFood dan juga Foodpanda.
Akhir sekali, dengan setiap pembelian froyo di llaollao, anda boleh mendapatkan satu set sampul Raya llaollao secara percuma – syaratnya adalah pembelian RM25 dan ke atas dalam satu resit.