Setiap orang adalah berbeza apabila ia melibatkan keperluan rehat. Walaupun lapan jam adalah tempoh tidur yang disarankan oleh kebanyakan pakar, terdapat individu yang memerlukan tidur lebih sedikir daripada itu – dan anda juga yang lain memerlukan sembilan jam penuh untuk kesan yang sama.
Namun, yang menjadi persoalan, adakah anda boleh tidur terlalu lama atau terlalu banyak? Untuk pengetahuan anda, menurut pakar, tidur terlalu banyak dan lama mempunyai kesan yang sama seperti makan terlalu banyak gula atau terlalu banyak bersenam – yang mana ia boleh memudaratkan.
Keburukan Tidur Terlalu Banyak
Tidur terlalu banyak secara tetap boleh mendatangkan kesan buruk. Ada di dalam satu kes di mana, seorang wanita yang kerap tidur antara 9 dan 11 jam setiap malam mempunyai peningkatan risiko penyakit jantung – namun ini masih bergantung kepada beberapa faktor lain.
Malah, tidur berlebihan juga telah dikaitkan dengan kemurungan dan penambahan berat badan, jadi ia boleh menyebabkan perubahan yang ketara pada badan anda.
Selain itu, tidur terlalu banyak juga boleh menyebabkan jangka hayat yang singkat. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa orang yang mendapat tidur yang berlebihan sekitar 9 hingga 10 jam atau lebih setiap hari mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.
Ini adalah sama dengan dapatan yang menyatakan individu yang tidak mendapatkan tidur yang cukup – mereka juga turut mempunyai jangka hayat yang lebih pendek.
Kesan-kesan lain apabila seseorang tidur lebih tidur lama – mereka lebih berkemungkinan mempunyai penyakit kronik seperti obesiti, hipertensi, diabetes, keletihan dan keradangan sistemik