Carian
Love, Bonito Mengemaskini Penjenamaan Dengan Logo Yang Lebih Minimalis – Turut Perbaharui Konsep Pakaian Untuk Wanita Asia
March 20, 2024 Lina Rosli

Love, Bonito baru-baru ini telah memperbaharui konsep pakaian wanita untuk wanita Asia menerusi pengenalan logo baharu – yang akan dijadikan sebagai identiti jenama yang terkini, selain turut menampilkan strategi rekaan yang diubah suai.

Menurut Love, Bonito, perubahan ini menunjukkan komitmen jenama ini terhadap visi jangka panjangnya untuk menjadi destinasi utama bagi wanita Asia.

Tambah Love, Bonito juga, melalui penjenamaan semula ini, mereka komited dalam menentang stereotaip yang mengelilingi wanita Asia – selain mula memfokuskan kepada warisan budaya Asia yang pelbagai.

Penjenamaan semula ini akan melibatkan penawaran rekaan pakaian mereka yang mana dijangka akan memberi keutamaan bukan sahaja kepada kesesuaian Asia yang sempurna tetapi juga memastikan setiap potongan direka dengan teliti untuk kegunaan, keyakinan, dan kebolehgunaan.

Ini termasuk penawaran koleksi pakaian yang sesuai untuk menghadiri mesyuarat, menghantar anak ke sekolah dan juga menghadiri malam temu janji – ianya merangkul setiap aspek kehidupan mereka dengan gaya dan keanggunan.

Untuk mengubah asortmen yang lebih difokuskan untuk komuniti Asia, Love, Bonito memanfaatkan lebih dari sepuluh tahun informasi yang mereka peroleh dari pelanggan di seluruh Asia, dan seterusnya menggabungkannya dengan bantuan mesin pembelajaran dan teknologi kecerdasan buatan untuk melancarkan gaya terlaris dalam tiga barisan koleksi: Signatures, Staples, dan koleksi kapsul.

Diperkenalkan untuk gaya wanita yang ingin tampil feminin, Signatures adalah koleksi pakaian moden yang sesuai untuk kegunaan di acara smart kasual. Ia merangkumi 30 helai pakaian yang menggunakan fabrik mudah lipat dan warna yang menarik hati untuk kerja, aktiviti hujung minggu, dan acara-acara perasmian.

Sementara koleksi Staples pula yang akan dilancarkan mulai April ini, ia memfokuskan kepada pakaian serbaguna yang terdapat pada harga mula dari RM119 hingga RM299. Pelanggan boleh menantikan pakaian asas seperti paling laris dan sesuai untuk keperluan harian seperti denim – ia mudah diselaraskan ke dalam pakaian hujung minggu atau kerja.

Selain itu, Love, Bonito juga akan melancarkan koleksi kapsul, yang ditujukan untuk memeriahkan almari pakainya dengan bermusim, dan menyediakan penawaran untuk sambutan perayaan-perayaan utama seperti Tahun Baru Cina. Koleksi-koleksi ini diinspirasikan oleh budaya dan warisan Asia, dengan interpretasi moden gaya tradisional dan akan dilancarkan secara bulanan pada pelbagai harga.

Komen