Carian
The Nisa dUCk: Koleksi Tudung Sempena Aidilfitri Yang Menggambarkan Kelembutan Dan Kekuatan Seorang Wanita
March 20, 2024 Lina Rosli

Untuk Syawal 2024, nampaknya jenama muslimah tempatan, dUCk sudahpun hadir dengan koleksi eksklusif Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada awal bulan April ini.

Koleksi ini merupakan koleksi edisi terhad iaitu The Nisa dUCk.

Berdasarkan perkongsian The dUCK Group, pemilihan nama ‘Nisa’ untuk koleksi ini bertepatan dengan mesej yang ingin mereka ketengahkan – sebuah nama yang menggambarkan kelembutan dan kekuatan seorang wanita.

Jenama ini seterusnya membayangkan semula identiti ‘Nisa’ untuk koleksi ini menerusi ilustrasi khat tulisan jawi yang membentuk kelopak bunga. Dan semestinya menjadikan seseorang wanita itu lebih kuat adalah apabila mereka bergabung dan melangkah lebih jauh bersama-sama.

Jadi, dari satu kelopak Nisa, digabungkan membentuk bunga Nisa. Melengkapkan corak dan rekaan koleksi The Nisa dUCK ini adalah penampilan dan penambahan bunga kecil dan halus di samping bunga Nisa.

Berbeza dengan koleksi Syawal 2023, kali ini The dUCk Group tampil dengan warna-warna yang lebih feminin, lembut dan elegan – berbanding tahun lepas warna-warna berani dan terang untuk Aidilfitri.

Namun, sama seperti tahun sebelumnya, The Nisa dUCk hadir dengan dua pilihan rekaan, satu yang lebih banyak elemen bunga, dan satu lagi yang lebih minimalis.

Untuk koleksi The Nisa dUCk ini, ia hadir dengan pilihan sama ada tudung dan selendang yang diperbuat daripada sutera satin dan didatangkan dalam 14 pilihan warna, gabungan warna berani dan pastel pada harga RM300 dan RM350.

Komen