Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut Aidilfitri bersama pelanggan melalui Jualan Bazar Ramadan, yang telah menjadi sinonim buat HABIB sejak bertahun yang lalu.
Bazar Ramadan HABIB setiap tahun menjanjikan pelanggan dengan tawaran menarik, memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan kemas baharu untuk digayakan pada Hari Raya dengan harga yang sangat berpatutan.

Antara koleksi yang menjadi tumpuan termasuklah Koleksi Anyaman yang mana pada tahun ini, HABIB membawakan tema Anyaman menerusi pengenalan beberapa koleksi yang mengambil inspirasi daripada seni kraftangan warisan yang mempunyai hasil tangan yang sangat halus dan teliti.
Koleksi ini menampilkan rantai tangan Oro Italia 916, dengan gabungan warna emas kuning, emas putih dan emas ros dengan kemasan potongan berlian.
Selain itu, HABIB turut menampilkan koleksi eksklusif berlian dan batu permata Anyaman yang diikat dengan mutu emas 750 (18K) – yang menampilkan kombinasi berlian dan batu permata pelbagai warna memberikan penampilan yang lebih versatil dan menarik.

Koleksi Clara merupakan sebahagian daripada koleksi Oro Italia 916. Warnanya yang pelbagai merupakan hasil daripada teknologi moden yang dikenali sebagai Cataphoresis Lacquer, yang boleh menghasilkan warna-warna yang unik seperti merah, ungu, hijau dan sebagainya pada masa yang sama tetap mengekalkan mutu emas 916(22K). Koleksi ini juga ditampilkan dengan kemasan potongan berlian bagi menghasilkan kilauan yang maksima.
Bersempena tema Anyaman juga, HABIB memperkenalkan 5 rekaan baharu wafer syiling emasnya, yang mengadaptasi elemen Anyaman pada sarungnya. Dengan berat 0.2g setiap keping, wafer syiling emas ini sesuai dijadikan alternatif unik sebagai duit raya ataupun hadiah dengan harga RM118 sahaja untuk sekeping atau RM628 untuk satu set yang didatangkan dalam kotak edisi terhad.

Menarik bukan? Jangan ketinggalan untuk kunjungi bilik pameran berdekatan bermula 22 sehingga 24 Mac 2024 untuk menikmati tawaran istimewa Bazar Ramadan HABIB. Terdapat pelbagai promosi menarik seperti:
- Rantai tangan emas 916 terpilih dengan harga serendah RM428 sahaja.
- Loket emas 916 dengan harga istimewa iaitu RM199 sahaja.
- Potongan sehingga RM30 setiam gram untuk barangan kemas emas 916/999 terpilih.
- Potongan RM25 untuk barangan kemas emas 916/999 bawah 5g.
- Potongan RM20 setiap gram + tanpa upah untuk emas 916 terpilih.
- Potongan sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata terpilih.
- Kadar jual beli (trade-in) emas dengan nilai tertinggi.
- Hadiah istimewa Ice Smart Two (bernilai RM499) dengan pembelian RM10,000 ke atas untuk barangan kemas emas, berlian dan batu permata.
- Percuma felt bag HABIB edisi terhad dengan pembelian RM5,000 ke atas.