Bulan Ramadan sudah tiba dan Hari Raya juga bakal menyapa tidak lama lagi. Oleh itu, Jotun X Christy Ng hadir dengan penawaran dan pelancaran beg tote edisi terhad – menggunakan palet Koleksi Warna Global 2024 oleh Jotun yang diberi nama ‘CANVAS’.
Di dalam kolaborasi kali ini, Jotun menyatakan koleksi ini diilhamkan oleh nostalgia kemeriahan Hari Raya. Beg tote ‘Balik Kampung’ ini juga merupakan usaha untuk mentafsirkan budaya yang berakar umbi dalam tradisi Malaysia dari sudut yang moden.
Untuk pengetahuan anda, warna dan rekaan pada beg tote ini, ia bukan sahaja mengimbau pengalaman balik ke kampung untuk pulang ke pangkuan keluarga, tetapi juga mencerminkan emosi yang lebih mendalam – menampilkan ilustrasi suasana kampung yang turut dilengkapi rumah kayu yang dikelilingi dengan pokok-pokok.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan beg tote ini, ia boleh mula didapatkan secara eskslusif untuk pembelian cat-cat Jotun dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 ke atas. Tawaran ini sah bermula 15 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024. Antara cat Jotun yang boleh anda dapatkan termasuklah cat dalaman Majestic Sense dan cat luaran Jotashield Ultra Clean.
Atau anda juga boleh memiliki beg tote Jotun X Christy Ng menerusi pembelian di platfrom atas-talian Jotun dan juga kedai fizikal Christy Ng berdekatan anda.