Carian
5 Makanan Yang Tidak Boleh Dikisar Menggunakan Pengisar
March 22, 2024 Lina Rosli

Bilakah kali terakhir anda menukar pengisar di rumah anda? Adakah tahun lepas? Ataupun sudah bertahun-tahun anda tidak menukarnya?

Tahukah anda sebenarnya, tidak semua makanan atau pepejal boleh dikisar menggunakan pengisar? Ini kerana, terdapat sesetengah pepejal boleh menyebabkan bilah pisau pengisar menjadi tumpul dan dalam kes lain, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada motor mesin.

Tidak dinafikan, rata-rata individu seringkali melakukan kesilapan ini yang mana mereka menganggap mereka boleh memasukkan apa sahaja pepejal ke dalam pengisar.

Secara umumnya, selain pengisar, di pasaran menawarkan beberapa produk atau mesin lain yang lebih sesuai untuk makanan tertentu, seperti pemproses makanan, pengisar rendaman dan pengisar kopi.

Apakah Makanan Yang Tidak Boleh Dikisar Di Dalam Pengisar?

Untuk memastikan pengisar anda lebih tahan lama, anda perlu mengetahui jenis-jenis pepejal atau makanan yang tidak boleh anda masukkan ke dalam pengisar.

Berikut adalah 5 item yang perlu anda elakkan:

#1 Cecair Yang Panas

Pertama, memasukkan bahan-bahan yang sangat panas ke dalam pengisar bukan sahaja boleh membakar tangan anda, tetapi ia juga boleh merosakkan perkakas anda.

Apabila mengadun cecair atau bahan-bahan panas, ia mempunyai kecenderungan untuk mengembang dan meletup – disebabkan oleh tekanan dari dalam yang meniup penutup.

Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan pengisar rendaman atau immersion blender – kerana ia merupakan alat yang lebih baik dan tahan lasak untuk mengisar cecair panas.

Sekiranya anda ingin menggunakan pengisar untuk bahan yang panas, penutup pengisar perlulah dibuka. Ini bagai membantu pengisar melepaskan wap panas keluar. Pastikan juga, anda sentiasa meletakkan tetapan kisar di kelajuan rendah terlebih dahulu.

#2 Biji Kopi

Secara teknikal, adlaah lebih sesuai untuk anda menggunakan pengisar kopi untuk mengisar biji kopi. Ini kerana, menggunakan pengisar biasa untuk menghaluskan kopi boleh menyebabkan bilah pengisar menjadi tumpul – saiz biji kopi yang kasar dan keras.

Malah, yang lebih penting, anda juga tidak akan mendapat hasil serbuk yang dikisar sekata kerana bentuk pengisar. 

#3 ais

Sama seperti biji kopi, ais tidak boleh dimasukkan ke dalam pengisar anda kerana ia boleh merosakkan perkakas, menumpulkan bilah selain turut tidak akan menghancurkan ais dengan betul.

Cuma untuk smoothie, terdapat pengecualian kerana sewaktu mengisar, anda akan menambah bahan-bahan lain akan membantu memecahkan ais – cuma pastikan anda tidak membebankan pengisar sewaktu melakukan smoothies.

#4 Buah-Buahan Kering

Seterusnya, buah-buah kering juga tidak boleh dihaluskan di dalam pengisar. Tekstur buah kering yang keras dan besar digabungkan dengan bahagian dalam yang melekit dan likat boleh menyebabkan kerosakan kepada mesin.

Selain itu, kentang juga tidak boleh dikisar di dalam pengisar. Untuk pengetahuan anda, dalam beberapa minit selepas mengadun kentang, kanji dan cecair akan menghasilkan tekstur seperti bergetah. Jadinya, sekiranya anda ingin membuat kentang tumbuk halus, anda dicadankan untuk menggunakan penumbuk (masher) atau pengisar bukan auto.

#5 Kekacang

Yang terakhir adalah kekacang. Disebabkan sesetengah kekacang adalah keras, maka sama seperti biji kopi, ia akan menyebabkan penumpulan bilah pisau mesin pengisar. Jadi, cara terbaik untuk mengisar kekacang dan juga tidak merosakkan pengisar adalah dengan merendam kacang dalam air untuk melembutkannya sebelum diadun di dalam pengisar.

Anda juga boleh menghancurkan kacang dahulu secara manual, dan kemudiannya menggunakan pengisar untuk mendapatkan hasil yang and perlukan.

Komen