Ketika umat Islam bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan mereka pada bulan Ramadan yang suci ini, hubungan yang mendalam antara kebersihan, kerohanian, dan ikatan kasih sayang dalam keluarga semasa berpuasa amat penting.
Oleh itu, Dettol memperkenalkan kempen Selangkah Lebih, Selangkah Kasihnya – inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan semua individu terutama muslimin dan muslimat agar kekal menjaga kebersihan dan kesihatan di saat menjalankan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan.
Matlamat utama kempen Dettol ini adalah untuk memberi inspirasi kepada individu untuk mengambil langkah tambahan untuk menjaga kesihatan mereka dan kesejahteraan – memandangkan bilangan jemaah yang menghadiri solat harian dan Tarawih, di samping acara keagamaan yang lain meningkat, mengamalkan amalan kebersihan yang rapi menjadi penting.
Jemaah yang besar meningkatkan risiko penularan kuman berjangkit, oleh itu setiap individu harus mengamalkan tabiat mencuci tangan secara berkala, tidak ketinggalan di surau dan di masjid – amalan membersihkan sejadah, dan membersihkan kawasan wuduk adalah langkah penting untuk membendung penularan jangkitan.