Carian
eco-shop Kini Sudah Mempunyai Lebih 270 Cawangan Di Seluruh Malaysia
March 29, 2024 Lina Rosli

Siapa yang tidak kenal akan eco-shop bukan? Mana tidaknya, eco-shop merupakan kedai serbaneka yang menawarkan sejumlah barangan yang merangkumi kelengkapan rumah dan dapur, keperluan untuk sekolah dan pejabat, dan juga barangan basah untuk masakan dan minuman pada harga yang mampu milik?

Tahukah anda, kini, eco-shop telah mempunyai lebih daripada 270 cawangan di seluruh negara – yang mana jumlah ini turut termasuk dengan rangkaian kedai serbaneka premiumnya iaitu eco-plus.

Apa yang menarik apabila anda membeli-belah di eco-shop, ia tidak hanya menawarkan barangan dari jenama-jenama yang dikenali di pasaran, tetapi juga turut hadir dengan barangan dari jenamanya yang tersendiri seperti:

  1. Excue – Produk penjagaan dan pembersihan rumah
  2. Ganso – Produk cucian dan cecair pembasmi rumah
  3. Casa – Produk atau barangan plastik untuk rumah dan pejabat
  4. Verona – Produk penjagaan diri
  5. Kreati – Alat tulis dan alatan pejabat
  6. Ell’s – Produk kecantikan dan fesyen
  7. Sped – Barangan elektronik dan alat sambungan elektrik
  8. Delicies – Snek makanan
  9. Hyro – Produk kelengkapan rumah
  10. Maxz – Produk penjagaan kereta
  11. Wak Limah – Bahan untuk masakan
  12. ENE – Barangan fabrik dan fesyen
  13. Cripstar – Snek dan kekacang
  14. Pawsitives – Produk untuk haiwan peliharaan
  15. Babyboo – Produk untuk bayi
  16. Framoc – Bahan penjagaan tanaman
  17. JoyIt – Alat permainan kanak-kanak
  18. Qnexx – Alat sukan dan riadah
  19. Mama – Barangan bantu memasak

Kesemua jenama di bawah eco-shop ini menawarkan barangan yang bukan sahaja diperlukan pengguna, tetapi barangan yang unik dan menarik.

Selari dengan misi eco-shop yang ingin meringankan beban pelanggan dengan menawarkan produk rumah dengan harga berpatutan dan kualiti baik, rangkaian kedai serbaneka ini turut komited dalam memupuk rasa gembira dan ingin memudahkan kehidupan rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Bersempena dengan sambutan Syawal yang bakal tiba, eco-shop menjemput pelanggan untuk merasai kegembiraan “Jom Warnakan Raya Bersama eco-shop” secara langsung. Daripada promosi menarik sehinggalah hadiah-hadiah bermakna, usaha eco-shop untuk menjadikan Ramadan ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memperkayakan untuk semua.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyertai sambutan ini, lawati cawangan eco-shop terdekat anda atau ikuti eco-shop di Halaman Facebook Rasmi eco-shop dan Halaman Instagram eco-shop. 

Komen