Tahukah anda bahawa menutup penutup tandas (toilet bowl) sebelum mengepam air tandas boleh mengelakkan penyebaran bakteria di dalam tandas?
Untuk pengetahuan anda, setiap kali kumbahan berlaku, pelbagai bakteria E. coli akan kekal di udara sehingga enam jam – sekiranya anda tidak menutup penutup mangkuk tandas. Malah, ada juga keadaan di mana bakteria tersebut turut boleh tersebar tdi seluruh bilik mandi dan melekat pada permukaan lantai dan jubin.
Hanya dengan satu tabiat, menutup penutup sebelum mengumbah, ia akan menjauhkan dan menghentikan penyebaran kuman.

Kepentingan Membersihkan Kawasan Sekeliling Mangkuk Tandas
Secara umumnya, tandas yang tertutup sedikit sebanyak membantu mengelakkan pencemaran silang di bilik mandi jika dibandingkan dengan tempat duduk tandas terbuka.
Namun, untuk hasil bersih yang lebih efektif, anda juga perlu menambah penggunaan disinfektan ke dalam tempat pengepam tandas. Dengan menggunakannya, ia meningkatkan jaminan pembasmian kuman tandas dan semua permukaan selepas dibilas.

Sekiranya anda tidak ingin menggunakan dan mempunyai terlalu banyak produk disinfektan di dalam rumah, anda boleh menggunakan pembersih tandas yang biasa dan juga peluntur untuk menghapuskan bakteria.
Bersihkan bahagian luar tandas dengan pembersih bilik mandi dan kemudian nyah kuman dengan kain lap atau semburan.
Adalah disarankan juga untuk anda membersihkan seluruh bilik mandi dengan kerap, termasuk mengelap bukan sahaja singki dan meja, tetapi juga dinding, langsir pancuran mandian dan siling untuk mengeluarkan sebarang kotoran dan kuman.