Bagi anda yang biasa makan hidangan jawa, sudah tentu anda sudah mengenali apa itu tempe.
Bagi yang tidak mengetahui, tempe ialah makanan yang berasal dari kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa di Pulau Jawa, Indonesia. Jika di Malaysia, anda boleh menemukannya banyak di negeri seperti di Johor dan juga Selangor.
Kandungan Di Dalam Tempe
Tempe dihasilkan daripada kacang soya mentah yang dilembutkan dan dipecahkan atau dihancurkan. Kemudian, ia ditambah dengan cuka untuk beri ketahanan yang lebih lama.
Tempe juga mengandungi kulat yang dipanggil Rhizopus oligosporus. Ia digaulkan bersama dan membentuk satu lapisan yang nipis.
Kebiasaannya, proses penapaian tempe akan mengambil masa selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C. Jadi, tidak hairanlah jika tempe dibiarkan di luar peti sejuk lebih lama, anda akan mendapati terdapat spora putih ataupun bahan seakan kapas di sekitarnya.

Berapa lama bungkusan tempe yang belum dibuka bertahan di dalam peti sejuk?
Jawapannya, ia bergantung kepada cara penyimpanan di dalam peti sejuk.
Bagi plastik tempe yang belum dibuka boleh disimpan dalam keadaan sejuk selama kira-kira 5 hingga 7 hari selepas tarikh jual (sell-date) yang dilekatkan pada bungkusan jika disimpan dengan betul.
Untuk memaksimumkan jangka hayat tempe, elakkan dari membuka bungkusan sehingga anda mahu mula menggunakannya.
Bolehkah anda membekukan tempe?
Ya, anda boleh membeku tempe dengan cara menyimpannya di dalam bekas kedap udara tertutup atau bungkusnya dengan rapi dan rapat menggunakan aluminium foil.
Untuk kaedah penyimpananan sejuk beku, ia akan mengekalkan kualiti terbaik tempe selama kira-kira 10 hingga 12 bulan. Namun, anda harus memastikan yang mana tempe tersebut tidak pernah dibuka selain sudah dibalut dengan teliti.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada tempe anda sudah tidak elok?
Cara terbaik untuk mengetahui kualiti tempe adalah dengan menghidu dan melihat tekstur tempe.
Jika tempe tersebut sudah mula mengeluarkan bau. Maka ia adalah tanda yang mana ia sudah tidak lagi boleh digunakan.
Bagi anda yang tidak mahu membuangnya, anda boleh gunakan tempe yang telah busuk tersebut menjadi baja yang dapat menyuburkan tanah dan juga tanaman anda. Cara menyediakannya adalah hanya memerlukan air suling, gula dan tempe busuk.