Carian
Trend Solek Raya 2024: Berus Solek, Spatula, Span Atau Tangan Untuk Meratakan Bedak Asas?
March 27, 2024 Lina Rosli

Secara umumnya, terdapat beberapa cara yang berbeza untuk meratakan dan menyapu produk – terutama sekali bedak asas – pada kulit anda.

Sebelum ini, hanya berus dan span – turut dikenali sebagai beauty blender sahaja yang akan pilihan kebanyakan beauty guru untuk solekan. Namun kini, menjadi satu trend baharu dalam kalangan individu yang gemar bersolek – iaitu penggunaan spatula bagi meratakan bedak asas (foundation) pada kulit.

Di antara keempat-empat ini, antara berus solek, span, spatula dan juga tangan, mana satukah cara terbaik untuk meratakan bedak asas dan mendapat hasil yang terbaik di dalam solekan?

Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan berus solek?

Berus solek semestinya datang dalam semua bentuk dan saiz yang berbeza – ada berus rata, berus Kabuki dan banyak berus lagi yang boleh digunakan untuk menyapu bedak asas.

Menurut beauty guru, menggunakan berus yang gebu dan kemudiannya membuat gerakan membulat untuk meratakan bedak asas, ia akan menghasilkan kemasan solekan yang lebih semula jadi.

Kelebihan menggunakan berus solek ialah anda mendapat hasil yang lebih profesional. Anda juga boleh menggunakan berus solek yang sama untuk krim bronzer atau pemerah pipi anda – yang mana sisa bedak asas pada berus membantu menyatukan segala-galanya supaya ia diratakan dengan baik.

Walau bagaimanapun, kelemahannya pula bergantung pada jenama atau jenis berus yang digunakan. Ada jenis berus yang boleh menjadikan solekan anda seperti bergaris (garis bulu berus), dan memerlukan anda untuk meratakannya untuk tempoh yang lama agar ia tampak kemas.

Malah, anda juga perlu membersihkan berus anda sekali seminggu, kerana berus yang kotor boleh menyebabkan kemasan bergaris juga. 

Adakah lebih baik menggunakan span berbanding berus?

Span solekan memberikan kemasan paling semula jadi – kerana sewaktu bersolek, anda akan menekan dan menolak produk untuk masuk ke dalam kulit.

Walau bagaimanapun, span hanya berfungsi sekiranya anda menggunakan produk dengan formula cecair ringan. Ini kerana, bedak asas yang lebih pekat, jika menggunakan span, ia akan menyedut dan membazirkan lebih banyak produk.

Berbaloikan menggunakan spatula untuk meratakan bedak asas?

Secara umumnya, ada banyak pendapat mengenai penggunaan spatula di dalam solekan. Ia boleh menjadi sesuatu kaedah yang mudah dan cepat untuk meratakan bedak asas – namun kelemahannya pula adalah ia akan menampakkan solekan kelihatan tidak kemas.

Cara terbaik untuk melakukan solekan menggunakan spatula adalah dengan menggunakan kuantiti bedak asas yang sedikit – ini bagi memudahkan teknik layering produk pada kulit yang mana ia lebih lipis dan mudah untuk diratakan.

Harus diingatkan juga, untuk individu yang mempunyai jenis kulit tertentu mungkin perlu mengelakkan kaedah spatula, seperti orang yang berjerawat atau mempunyai kulit yang matang .

Ini bagi mengelakkan keradangan akibat tekanan spatula – pada kulit berjerawat kerana ia juga boleh menyebabkan bakteria merebak.

Bolehkah kita menggunakan tangan kita sahaja?

Jika anda sukakan litupan yang sangat ringan, anda boleh menggunakan tangan anda kerana dengan menggunakan hujung jari, ia akan membolehkan anda meratakan produk dengan lebih baik ke dalam kulit. 

Tangan anda tidak memerlukan apa-apa kos dan selain membersihkannya terlebih dahulu, anda tidak perlu membersihkannya setiap minggu seperti yang anda lakukan dengan berus dan span.

Saya secara peribadi lebih suka meratakan produk solekan dengan tangan saya. Namun, ini semua bergantung kepada keselesaan anda sama ada ingin menggunakan mana-mana berus, span ataupun spatula untuk solekan.

Komen