Carian
Ini 14 Produk Menarik Dari Mamee Selain Dari Mi Segera Dan Snek Ringan
March 29, 2024 Lina Rosli

Tahukah anda, selain daripada menawarkan produk makanan seperti mi segera, snek dan makanan ringan, Mamee turut hadir dengan beberapa produk lain yang biasa digunakan sebagai pelengkap masakan seperti stok ayam serbuk, serbuk rempah, serbuk limau serbaguna dan banyak lagi.

Menerusi Mamee Food Service, kesemua produk-produk ini dirumus khas oleh Chef Faizul Hazly untuk pengusaha katering. Menurut beliau, dengan produk dari Mamee Food Service, ia memudahkan orang ramai untuk melengkapkan makanan dengan rasa aslinya selain menjimatkan masa dan kos.

Malah, kesemua produk dari Mamee Food Service ini juga adalah 100% halal dan diperbuat daripada bahan semulajadi yang halus.

Berikut adalah beberapa kategori produk yang ditawarkan oleh Mamee Food Service:

  • Serbuk pelengkap untuk makanan Asia – Mamee Chef Stok Ayam, Mamee Chef Rempah Sekawan, Mamee Chef Perasa Sedap Giler, Mamee Chef Serbuk Limau Serbaguna
  • Serbuk segera untuk makanan Barat – Mamee Chef Chilli & Spices, Mamee Chef Instant Mashed Potato, Mamee Chef Instant Wild Mushroom Soup

Selain itu, terdapat juga bahan dan produk lain yang ditawarkan oleh Mamee Food Service seperti:

  • Sos dan pes pelengkap untuk makanan Korea – Sos Bulgogi, Pes Gochujang, Sos Bibimbap, Sos Masam Manis, Sos Tteokbokki, Sos Kicap Bawnag Putih
  • Tepung ayam goreng rangup

Menarik bukan? Untuk anda yang ingin mencuba kesemua produk menarik daripada Mamee ini, anda boleh mendapatkannya sama ada di akaun rasmi Shopee Mamee ataupun di pasaraya terpilih berdekatan anda.

Komen