Lina Rosli Diterbitkan 1 April 2024

Tealive Hadir Siri Minuman Baharu – Tealive Coco Havoc

Bagi peminat minuman Tealive, jenama minuman teh mutiara popular ini telah melancarkan siri minuman baharu yang ekstrem iaitu Coco Havoc yang mana siri ini menyajikan air minuman dengan tambahan coklat koko yang premium.

Bagi yang berminat, anda boleh menikmati 4 pilihan minuman yang ditawarkan iaitu:

  • Cream Cloud Belgian Coco
  • Belgian Coco With Pearl
  • Belgian Coco Black Forest Smoothie
  • Belgian Coco Hazelnut Crunch (Terhad di Lembah Klang)

Bagi anda yang menggemari kesegaran rasa minuman dalam siri Coco Havoc ini, maka jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba menu terbaru daripada Tealive. Kongsikan pengalaman mencuba Cream Cloud Belgian Coco, Belgian Coco With Pearl, Belgian Coco Black Forest Smoothie dan Belgian Coco Hazelnut Crunch anda bersama pembaca Tajria bermula hari ini.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pesanan di rangkaian fizikal Tealive berdekatan atau layari aplikasi Shopee Food, GrabFood dan juga FoodPanda.