Bagi memastikan kemeriahan Syawal dapat dinikmati semua, ZUS Coffee menampilkan rekaan eksklusif “Seribu Warna ZUS” pada beg kertas, cawan minuman panas dan juga pemegang cawan (cup sleeves) untuk minuman sejuk.
Untuk pengetahuan anda, rekaan ini disediakan oleh seorang ilustrator tempatan yang dikenali sebagai Izzati Suza. Beliau merupakan pengasas Kedai Suza yang juga menawarkan barisan seni lukis dalam bentuk fizikal – termasuk pelekat, kerangka peranti, tshirt dan bermacam-macam lagi.

Bersempena kempen ini, anda boleh mendapatkan minuman kegemaran anda di samping mendapatkan cawan-cawan dengan rekaan menarik ini sementara stok masih anda.
Bukan itu sahaja, bersempena Ramadan ini juga, anda boleh mendapatkan diskaun 15% apabila anda mengambil mana-mana dua jenis botol ZUS Bottled Necessity 1L – pastikan anda menggunakan kod ‘ZUSNGOPI’ semasa pembayaran sehingga 4 April ini.
Dan untuk membelinya, anda boleh melakukan pembelian menggunakan aplikasi ZUS yang boleh dimuat-turun sama ada di kedai atas-talian Play Store atau App Store. Anda juga boleh memilih servis penghantaran iaitu ambil di kedai (pick-up) atau hantar terus ke rumah.