Carian
MINISO Malaysia Buka Kedai Koleksi IP Pertama Di Berjaya Times Square
April 1, 2024 Lina Rosli

Kedai Koleksi IP pertama MINISO Malaysia telah diperkenalkan – terletak di Berjaya Times Square di Kuala Lumpur.

Berbeza dengan kedai MINISO yang biasa, kedai konsep ini hadir dengan reka bentuk dalaman baharu yang segar, dilengkapi dengan skema warna merah jambu yang menarik perhatian, dan susun atur yang menarik.

Dengan penampilan ini, ia secara tidak langsung mewujudkan suasana yang lebih menggembirakan bagi pembeli-belah untuk menerokai koleksi barangan unik dari jenama itu.

Selaras dengan susunan dan rekaan kedai yang dinaik-taraf, Kedai Koleksi IP MINISO ini dibahagikan kepada zon berbeza mengikut kategori strategik jenama, daripada mainan dan barang mewah, kepada wangian dan aksesori solekan.

Berdasarkan pekongsian MINISO Malaysia di Facebook, ia menampilkan kerjasama MINISO dengan pemilik IP Barbie.

Kerjasama ini dijangka akan menjadi tarikan kebanyakan peminat Barbie – menawarkan pelbagai jenis barangan bermula dari item fesyen seperti beg tangan, topi, beg solekan sehinggalah ke aksesori dan alat tulis.

Bagi anda yang berminat untuk menerokai keunikan kedai ini, anda boleh berkunjung ke pusat membeli-belah Berjaya Times Square di aras G-05, G-06, G-07A, dan F-07B.

Komen