Carian
Persiapan Aidilfitri Yang Mesra Dompet Di IKEA – Bajet Untuk Idea Hiasan Kurang RM100
April 2, 2024 Lina Rosli

Aidilfitri merupakan sambutan yang sangat bermakna kepada rakyat Malaysia. Tidak kira bertemu dengan yang tersayang mahupun menikmati juadah yang enak, ruang rumah kita sentiasa menjadi tumpuan musim perayaan ini.

Pada masa ini, pasti ramai yang telah mula sibuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal. Walaupun persiapan rumah untuk Aidilfitri agak mencabar, namun dengan beberapa penambahbaikan dan langkah mudah, anda mampu memberi sentuhan segar kepada rumah anda.

Hiasan Aidilfitri bagi tahun ini pasti akan menjadi lebih mudah dengan petua dan idea berikut, sesuai bagi mereka yang kesuntukan masa dan peruntukan belanja yang agak terhad.

Hiasan meja makan yang minimalis 

Apabila mengadakan rumah terbuka untuk rakan dan keluarga, tentulah hidangan Raya menjadi perhatian utama.

Untuk meja makan atau meja bufet, hiasan yang minimalis dapat memastikan ruang anda lebih teratur dan menarik. Mulakan dengan menetapkan warna asas untuk alas meja anda. Jangan ragu untuk mencuba warna-warna terang dan corak yang berani.

  • Alas meja GOKVALLA – RM29
  • Alas pinggan NISSÖGA – RM9

Di bahagian tengah meja makan, letakkan tumbuhan atau bunga di dalam bekas kaca (atau jag) yang sedia ada di rumah anda.

Paling penting, elakkan daripada berlebih-lebihan dan bersepah. Fokus pada aspek deko utama dan wujudkan lebih ruang untuk juadah Raya  – daripada ketupat, rendang, hingga kepada kuih Raya yang lazat.

Oleh itu, anda boleh wujudkan suasana yang mesra untuk tetamu anda dengan meletakkan lilin di sepanjang meja bufet.

  • Bekas Serahi KARAFF – RM7
  • Pemegang lilin GRADVIS  – RM20 / 3unit

Ceriakan ruang tamu anda  

Hidupkan suasana harmoni dengan menyatukan pelbagai corak pada langsir, kusyen, dan alas. Jangan takut untuk bereksperimen dengan tekstur dan gunakan beberapa warna utama untuk melahirkan  keseimbangan deko. 

  • Sarung kusyen GURLI – RM15
  • Sarung kusyen GOKVALLA – RM15

Tingkatkan keselesaan dan pengalaman tetamu anda dengan menjuntaikan alas yang selesa pada sofa dan kerusi berlengan anda, serta sediakan kusyen kerusi yang lebih tebal yang pasti akan membuat tetamu anda terpesona.

  • Langsir BYMOTT – RM40
  • Kusyen kerusi MALINDA (Biru gelap) – RM19

Cara bijak untuk menambah ruang

Jika ruang terhad, susun atur barang-barang agar lebih melegakan lagi ruang tambahan semasa waktu senggang sambil berbual-bual dan menikmati hidangan.

Penggunaan bakul dan kotak storan dapat memastikan kekemasan ruang serta menambahkan lagi sentuhan dekorasi.

Letakkannya di sudut bilik atau di dalam almari apabila anda memerlukan ruang tambahan. Selain itu, kusyen lantai ialah satu lagi cara bijak untuk mewujudkan ruang tambahan, bukan hanya untuk Aidilfitri tetapi juga untuk pertemuan dan perayaan pada masa yang akan datang. 

  • Kusyen lantai GOKVÄLLÅ – RM60
  • Bakul TJABBIG – RM29

Ingin menambahkan keceriaan pada hari Raya? Siapkan troli snek bergerak, dan isi dengan kuih Raya kegemaran serta minuman yang menyegarkan. Ia mudah dialih masuk dan keluar, menjadikannya cara yang praktis untuk menyusun segala sesuatu dengan teratur dan mudah dicapai tanpa memerlukan banyak ruang.

  • Trolli VESKEN – RM42
  • Botol dengan penyumbat KORKEN – RM7
  • Balang berpenutup VARDAGEN – RM20

Menarik bukan? Untuk lebih banyak idea and inspirasi menarik, anda boleh layari IKEA.my atau kunjungi ke gedung IKEA berdekatan anda.

Komen