Khusus buat peminat ShackBurgers dari Malaysia, kini Shake Shack bakal membuka cawangan pertama mereka di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur – iaitu di Tun Razak Exchange (TRX) – pada 10 April 2024.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Shake Shack ini, ia terletak di Aras 3 di Park Level, TRX City Park.

Untuk pengetahuan anda, Shake Shack sangat popular dengan sajian menu kegemaran ramai iaitu burger yang dikenali sebagai ShackBurger.

Ia menampilkan burger dengan patti daging yang mewah ditambah lagi dnegan sajian sos yang unik menjadikannya salah satu jenama burger yang popular di peringkat global.

Bukan itu sahaja, bagi setiap lokasi baharu, Shake Shack turut akan menawarkan menu minuman disesuaikan mengikut citarasa tempatan. Antara menu yang menarik termasuklah ShackBurger®, SmokeShack, ShackStack, Shroom Burger dan Beef Burger.

Berikut adalah senarai harga untuk hidangan Shake Shack Malaysia.

Untuk mengikuti perkembangan dan mengetahui semua kejadian dan kemas kini Shake Shack terkini, ikuti laman media sosial rasmi @shakeshackmy di Facebook dan Instagram.