Manjakan diri di sepanjang Hari Raya ini bersama Issey Miyake kerana bagi anda yang menggemari bauan maskulin, jenama ini dilihat hadir dengan koleksi minyak wangi yang memfokuskan wangian untuk lelaki moden – Koleksi L’Eau d’Issey Pour Homme.

Menurut Issey Miyake, untuk koleksi ini, mereka mendapat inspirasi untuk wangian ini daripada alam semula jadi. Wangian ini menggunakan bahan-bahan yang mempunyai kesan yang minimum ke atas alam sekitar semasa – merangkumi reka bentuk produk untuk wangian yang bersih, mampan dan juga vegan.

Untuk koleksi lelaki L’Eau d’Issey Pour Homme, terdapat 4 wangian terpilih yang telah kami susun untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri anda.

L’eau d’Issey Pour Homme Eau de Toilette 125ml, RM445

Hadir dengan bau yang menggoda, ia menampilkan wangian dengan nota sitrus yang tulen dan segar, menggabungkan kesegaran akuatik bersama rona kayu yang teguh.

L’eau d’Issey Pour Homme adalah sensasi yang menyegarkan – ia seperti anda sedang berenang dalam aliran kristal pada hari yang panas.

L’eau d’Issey Pour Homme Vétiver Eau De Toilette Intense, 50ml RM330 dan 100ml, RM460

L’eau d’Issey Pour Homme Vétiver merangkumi kekuatan dan kecergasan dengan nota kayunya yang kuat.

Anda boleh bayangkan yang mana bau wangian ini seperti bau ketika anda berjalan-jalan santai melalui hutan tebal, diselubungi oleh aroma tanah yang dilitupi lumut. Wangian ini memancarkan daya tahan dan semangat, menanamkan rasa yakin dan tekad.

L’eau d’Issey Pour Homme Eau & Cèdre Eau de Toilette Intense, 50ml RM330 dan 100ml, RM460

L’eau d’Issey Pour Homme Eau & Cèdre sebaliknya, menawarkan gabungan kecairan dan keamatan yang menawan.

Bayangkan sungai yang mengalir deras merentasi rupa bumi yang lasak, wangian ini menampilkan bau seperti air yang mengalir dengan kekuatan yang tidak berbelah bahagi. Haruman ini mencampurkan kesegaran air dengan lancar dengan pati kayu yang segar.

Fusion d’Issey Eau de Toilette, 50ml RM310 dan 100ml, RM430

Untuk Fusion d’Issey pula ia menawarkan bau wangian yang berani dan kontras. Ia membangkitkan deria anda dengan wangian ini, direka dengan nota solar dan mineral yang diilhamkan oleh interaksi unsur semula jadi, air dan api, panas dan sejuk.

Jika anda berminat untuk mendapatkan salah satu wangian koleksi lelaki L’Eau d’Issey Pour Homme oleh Issey Miyake ini, anda boleh menerokainya di Lazada, Zalora dan Sephora secara atas-talian atau kunjungi ke butik Issey Miyake di sekitar Lembah Klang.

Sertai alam Issey Miyake Parfums jadilah #movedbynature