Carian
Kuching, Udon Thani, Surabaya Antara Destinasi Percutian Dengan Bajet Penginapan Yang Mampu Milik
April 4, 2024 Lina Rosli

Berdasarkan tinjauan data tempahan di Agoda sekitar 1 hingga 18 Mac 2024, terdapat beberapa lokasi percutian yang telah dikenalpasti menawarkan purata kadar penginapan termurah.

Bagi memudahkan para pelancong merancang percutian mereka di hujung minggu yang panjang dan cuti umum yang bakal tiba, Agoda telah menyenaraikan sekitar 8 destinasi yang boleh anda kunjungi sama ada bersama keluarga ataupun secara solo.

Di Malaysia, Kuching terus kekal sebagai juara bertahan sebagai destinasi pelancongan termurah, kini menawarkan purata kadar bilik yang lebih rendah iaitu RM 230 berbanding dengan RM 282 pada tahun lepas.

Pelancong yang inginkan tawaran terbaik di Asia harus mempertimbangkan Udon Thani, Thailand. Manakala di Malaysia, Kuching, Sarawak menawarkan kadar bilik yang paling kompetitif untuk pelancong pada bulan April dan Mei.

Sementara destinasi lain dengan purata kadar penginapan termurah di Asia ialah Surabaya di Indonesia, Hue di Vietnam, Iloilo di Filipina, Bengaluru di India, Narita di Jepun dan Kaohsiung di Taiwan.

Walaupun destinasi pelancongan ini menawarkan purata kadar bilik terendah, tempat-tempat ini juga mempunyai banyak tarikan untuk dinikmati oleh para pelawat.

Antara tarikan di lapan destinasi pelancongan termurah tersebut adalah suasana bandar Bengaluru dan Kaohsiung yang meriah, serta  persekitaran tepi sungai di Hue dan Kuching yang menenangkan.

Komen