Carian
LG Electronics Memperkenalkan Pusat Servis Dan Akademi LG Bagi Menyepadukan Pusat Perkhidmatan LG
April 15, 2024 Lina Rosli

Sekitar awal April 2024, LG Electronics (M) Sdn Bhd telah melancarkan Pusat Servis dan Akademi LG yang pertama di Malaysia – terletak di Sungai Besi.

Menerusi pengenalan Pusat Servis dan Akademi LG ini, ia dijangka akan menyepadukan pusat perkhidmatan LG dengan akademi yang dijadikan hab pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan juruteknik dan ejen jualan LG.

Dengan ini, proses penyelenggaraan yang akan dilaksanakan oleh setiap juruteknik dan ejen jualan akan dilakukan dengan lebih teliti.

Selain perkhidmatan servis, pusat ini juga dilengkapkan dengan bilik pameran yang mempamerkan pelbagai rangkaian produk LG.

Di Pusat Servis dan Akademi LG, pelanggan berpeluang untuk menerokai inovasi teknologi terkini daripada LG – selain merasai sendiri pengalaman penggunaan produk-produk LG yang tersedia.

Untuk maklumat lanjut mengenai LG dan Pusat Perkhidmatan dan Akademi LG, anda boleh layari laman rasmi LG di https://www.lg.com/my untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.

Sumber gambar: Amanz

Komen