Carian
8 Produk Sedia Makan Adabi Yang Memfokuskan Lauk Istimewa Hari Raya Seperti Rendang Dan Kuah Kacang
April 17, 2024 Lina Rosli

Tahukah anda, selain sardin dalam tin, jenama terkenal Adabi sebenarnya turut mengeluarkan beberapa produk makanan dalam tin yang memfokuskan lauk hari raya – kini dijual pasaraya tempatan?

Bagi yang tidak mengetahui, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengeluar makanan Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Dato’ Syed Manshor Syed Mahmood, syarikat yang mengkhusus dalam pembuatan produk makanan termasuk sos dan rempah ratus. Ibu pejabatnya terletak di Rawang, Selangor.

Tidak hanya tertumpu kepada satu-satu produk sahaja, Adabi kini mula memperluaskan penawarannya kepada produk sedia makan di dalam tin – sebelum ini, produk lain yang berada di bawah sayap Adabi termasuklah rempah ratus, sos makanan dan banyak lagi produk pengguna yang lain.

Sekiranya anda ingin mendapatkan beberapa produk makanan lain yang dihasilkan oleh Adabi, berikut adalah senarai barangan yang boleh anda dapatkan di pasaraya berdekatan anda:

Adabi Kuah Kacang

Adabi Rendang Ayam

Adabi Sup Kambing

Adabi Sup Daging

Adabi Sup Tulang

Adabi Kari Kambing

Adabi Kari Ayam

Adabi Sup Ayam

Dengan penawaran produk Adabi yang lebih meluas, ia dilihat dapat menjadi pesaing yang sengit kepada produk tempatan yang lain. Namun, jika dibandingkan harga jualan antara produk Adabi dengan produk lain, ia boleh dikatakan agak mampu milik untuk dinikmati pengguna.

Komen