Bagi anda yang komited dalam memastikan kesan yang lestari untuk alam sekitar, tahukah anda bahawa kini bio-home telahpun hadir dengan Stesen Pengisian Semula ECO pertamanya di beberapa cawangan Jaya Grocer di sekitar Lembah Klang?
Ini merupakan langkah proaktif bio-home dalam menangani isu sisa plastik dengan menjangkakan pengurangan plastik sebanyak 95%.
Seperti yang dinyatakan awal tadi, stesen ECO inovatif ini diletakkan di beberapa cawangan Jaya Grocer terpilih iaitu di Jaya Grocer Starling Mall, Plaza Jelutong, atau 163 Retail Park Mont Kiara. Ia menawarkan lebih daripada pengisian semula yang mampan dan mudah untuk produk bio-home – sekaligus memperkasakan pengguna untuk membuat pilihan mesra alam, memupuk usaha kolektif dalam mengurangkan pembaziran plastik, sejajar dengan tema Hari Bumi 2024, “Planet Vs Plastic”.
Jaya Grocer, yang terkenal dengan komitmen yang tinggi terhadap kemampanan, tampil sebagai rakan kongsi ideal untuk inisiatif ini. Bersama-sama, bio-home dan Jaya Grocer membuka jalan untuk masa depan yang lebih mampan, mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai dengan menggalakkan penggunaan botol plastik yang dikitar semula atau boleh guna semula melalui Stesen Pengisian Semula ECO.
Stesen Pengisian Semula ECO bio-home di Jaya Grocer menawarkan penyelesaian yang mudah untuk mengisi semula produk pembersihan anda sambil mengurangkan pembaziran plastik. Pengguna hanya perlu pilih produk yang diingini dari rangkaian bio-home, termasuk cecair pencuci pinggan, pencuci lantai, dan detergen pakaian.
Kemudian, letakkan botol kosong di bawah picu, dan tekan mula. Setelah diisi semula, tampalkan kod bar yang disediakan dan terus bayar. Ia bukan hanya mesra alam tetapi juga memberi 20% penjimatan, menjadikan ia gaya hidup mampan yang mudah diakses oleh semua.
Apa yang membezakan bio-home dengan jenama lain adalah komitmennya terhadap kelestarian alam, dengan produk yang dibuat mengikut kriteria jenama eko, termasuk 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan, dan mengelakkan bahan kimia yang boleh membahayakan ekosistem air.
Selain itu, jenama ini mengelakkan penggunaan paraben, fosfat, dan pewarna, memastikan produk yang selamat untuk keluarga dan alam sekitar.