Carian
Grand Hyatt Kuala Lumpur Memperkenalkan Program Gastronomi #DinewithChef Bermula Mei 2024
April 19, 2024 Lina Rosli

Bemula Mei ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur akan melancarkan sambutan tahunan masakan tempatan dan antarabangsa – yang mana ia mempamerkan ketukangan luar biasa chef tempatan dan antarabangsa sepanjang bulan.

Mula dilancarkan pada tahun 2023, #DinewithChef telah dicipta sebagai titik pertemuan untuk epikurean, penggemar makanan dan kreatif masakan untuk berkumpul sebagai menghargai masakan yang lazat.

Dan pada tahun 2024, Ketua Chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur, Park Hyatt Kuala Lumpur, dan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur akan bekerjasama bersama pakar kulinari dari Bali, Poland, Jepun dan Malaysia untuk mencipta festival kulinari yang serba baharu dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

Siri #DinewithChef 2024 akan mempamerkan ruang yang berbeza di sekitar hotel, termasuk restoran terkenal THIRTY8 dan JPteres, POOLHOUSE separa terbuka dan ruang acara yang baru dibuka di Aras 5 Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Menerajui siri #DinewithChef 2024 ialah Chef Eksekutif Grand Hyatt Kuala Lumpur, Chef Grzegorz Odolak, juga dikenali sebagai Chef Greg, seorang veteran Hyatt yang mempunyai lebih dua dekad pengalaman profesional dalam dunia masakan.

Bermula di Poland tempat asalnya, Chef Greg telah meninggalkan tanda yang tidak dapat dilupakan pada pelbagai hartanah Hyatt di seluruh dunia, termasuk Hyatt Regency Warsaw di Poland, Hyatt Regency Dubai, Grand Hyatt Doha Hotel & Villas dan Park Hyatt Chennai.

Menurut Chef Greg, siri #DinewithChef 2024 berfungsi sebagai cara untuk pakar-pakar kulinari ini mempamerkan idea dan hidangan yang menarik yang telah dihimpunkan oleh Hyatt di Kuala Lumpur.

Setiap daripada ahli pasukan ini, mereka akan membawa perspektif berbeza kepada makanan dan akan mendedahkan kepada tetamu perisa-perisa baharu dan meluaskan perspektif mereka.

Selain itu, Executive Chef Stig Drageide dan Executive Pastry Chef Holger Deh yang telah mereka bentuk menu yang akan ditawarkan kepada pengunjung – hidangan istimewa yang akan disajikan apabila mereka menerajui di Park Hyatt Kuala Lumpur yang akan datang.

Komen