Carian
HABIB Semua House Kini Dibuka Semula Setelah Menutup Operasi Seketika Pada Tahun 2022
April 26, 2024 Lina Rosli

HABIB mengumumkan pembukaan semula HABIB Semua House, sebuah lokasi penuh nostalgia yang telah membawa HABIB daripada permulaan yang sederhana di Pulau Pinang, ke empayar barangan kemas yang besar di negara.

Tahukah anda sebelum ini, pada 30 September 2022, HABIB Semua House mengumumkan bahawa mereka akan menutup tirai bilik pameran tersebut.

Namun, sejak pembukaan bilik pameran Semua House yang pertama pada tahun 1986, nama HABIB telah sinonim dengan daya ketukangan yang bermutu tinggi dan rekaan barangan kemas yang selari dengan peredaran zaman.

Dan kini, Pusat membeli-belah Semua House dan kawasan Masjid India memainkan peranan penting dalam sejarah jenama ini, dan bilik pameran HABIB Semua House melambangkan permulaan baharu dalam legasi 66 tahun HABIB.

Dengan lokasi yang kini lebih strategik iaitu di atas tangga utama, HABIB Semua House mempunyai keluasan keseluruhan sebesar 2,723 kaki persegi dan direka istimewa untuk menyediakan pelanggan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar.

Dengan reka bentuk yang moden, HABIB Semua House bukan sahaja menjadi mercu tanda yang melambangkan perjalanan warisan HABIB, malah juga dedikasinya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan, inovasi dan komitmennya kepada generasi yang akan datang.

HABIB Semua House menawarkan pelanggan dengan suasana baharu untuk menikmati sendiri bilik pameran ini yang melengkapkan mercu tanda ikonik ini secara lebih berharmoni:

  • Satu konsep yang indah dan semula jadi yang mengekalkan bahasa reka bentuk dan DNA yang diperbaharui HABIB, dengan permaidani kelabu berwarna neutral, jubin lantai simen dan upholsteri yang diserlahkan dengan sentuhan kemasan logam nikel dan ciri-ciri batu kuarza semula jadi.
  • Ruang istirahat yang berasingan dengan panel berlogokan HABIB serta dinding kolaj foto yang mempamerkan bilik pameran HABIB Semua House yang pertama.
  • Pameran barangan kemas dan pameran dinding syiling wafer emas dengan kehalusan elemen kayu-kayan desa.
  • Meja konsol yang dibina khas sebagai hiasan bilik pameran, dan meja konsultasi yang diperbuat daripada batu kuarza dan panel bergalur melengkung.
  • Bahagian resepsi yang diperbuat daripada batu kuarsa dengan dinding latar belakang bercirikan nikel melengkung yang minimalis.
  • Fasad bangunan dan dinding konkrit bertekstur dalam tona hangat lembut kuning air dan coklat, dengan dinding aksen stuko dalam warna magenta khas HABIB.

Selain konsep asli dan semula jadi baharu, pelanggan dan peminat barang kemas boleh menerokai pelbagai jenis barangan kemas, daripada koleksi Oro Italia 916 yang terkenal, batu permata yang unik dan koleksi berlian yang menawan.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke bilik pameran HABIB Semua House, ia terletak di GF-08 dan GF-09, aras tanah Semua House.

Komen