UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi UNIQLO x Marimekko baharu – pada 3 Mei 2024. Ia merupakan koleksi edisi terhad musim panas 2024 menampilkan pilihan pakaian UNIQLO yang ringkas dan selesa dengan cetakan unik dan berani Marimekko.
Memfokuskan kepada penawaran pakaian khusus buat wanita, untuk koleksi kali ini UNIQLO X Marimekko menampilkan pakaian sedondon untuk digayakan oleh ibu dan anak.


Di dalam koleksi ini, UNIQLO dan Marimekko hadir dengan 6 pilihan cetakan ikonik yang menyerlahkan perasaan keseronokan musim panas daripada empat pereka Marimekko yang terkenal.
Koleksi ini termasuk corak arkib dari tiga dekad: 1950-an 1960-an dan 1970-an. Melooni (tembikai) yang berani yang direka oleh Maija Isola. Sementara corak Asema (stesen) berulang skala kecil pula direka oleh Pentti Rinta. Bagi anda yang berminat dengan cetakan bunga abstrak, Maija Isola menampilkan Ruukku (corak periuk untuk bunga) dan Katsuji Wakisaka pula memperlihatkan cetakan Demeter (bunga kecil).

Untuk membawa irama kepada suasana yang abstrak, koleksi ini menampilkan Lirinä (bunyi air yang bergelombang) juga oleh Rinta, manakala Galleria (galeri) yang minimalis oleh Vuokko Eskolin-Nurmesniemi membawa ekspresi yang kuat kepada koleksi.
Bagi kesemua corak ini, anda boleh mendapatkannya sama ada dalam pilihan pakaian seperti baju kemeja, gaun tanpa lengan, kemeja-t dan juga aksesori padanan seperti topi bucket, selipar kanvas dan beg bahu mini bulat.


Selain untuk wanita dewasa, koleksi baru ini juga termasuk barangan untuk bayi. Pakaian musim panas yang sempurna boleh menjadi set cetakan padanan yang diselaraskan atau gabungan baju dan kemeja-T yang selesa bersama dengan skirt.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan koleksi pakaian ini, anda boleh mendapatkannya bermula 3 Mei 2024 di semua rangkaian UNIQLO berdekatan anda.

Berikut adalah senarai harga jualan untuk koleksi UNIQLO X Marimekko:
Skirt Campuran Linen Wanita | RM199.90 |
Baju Kolar Terbuka Campuran Linen Wanita | RM129.90 |
Baju-T Grafik Wanita | RM79.90 |
Baju-T Tanpa Lengan Grafik Wanita | RM79.90 |
Beg Bahu Mini Bulat Wanita | RM59.90 |