Carian
Kerjasama CHAGEE Dan Jenama Fesyen Tempatan dUCk Menampilkan Siri Minuman Baharu – Lapsang Souchong Black Milk Tea
May 2, 2024 Lina Rosli

CHAGEE Malaysia, jenama minuman teh premium kegemaran ramai, kini memperkenalkan siri teh terbaru menerusi siri CHAGEE Lapsang Souchong Black Milk Tea.

Untuk siri serba baharu ini, CHAGEE dengan kolaborasi jenama fesyen muslimah dUCk menampilkan cawan yang direka khas yang menampilkan tafsiran kreatif rona biru dan merah jambu lembut.

Ia turut menampilkan rekaan motif bunga-bunga – dengan gabungan seni tulisan khat yang menjadi ikon Hari Raya dUCk pada tahun ini. Tulisan jawi yang ditampilkan merujuk kepada perkataan ‘Nisa’ yang membawa maksud wanita.

Apakah rasa yang ditawarkan menerusi siri CHAGEE Lapsang Souchong Black Milk Tea?

Untuk pengetahuan anda, Lapsang Souchong atau juga dikenali sebagai Zhengshan xiaozhong ialah teh hitam yang terdiri daripada daun Camellia sinensis yang boleh dikeringkan dengan asap di atas api kayu pain.

Rasa yang hadir menerusi daun teh hitam ini sendiri adalah sekunder dalam Lapsang Souchong yang dianggap sebagai teh tanpa astringen dan sangat sedikit rasa kepahitan.

Untuk siri kali ini, ia merupakan tawaran edisi terhad yang mana, anda boleh mendapatkan beg tote dan juga pin eksklusif CHAGEE X dUCk bagi setiap pembelian RM40 ke atas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CHAGEE Malaysia, layari www.chagee.com.my.

Komen