Carian
Jom Jadi Yang Terawal Mencuba Menu Terbaharu Di Nando’s Pada 6 Mei Ini
May 2, 2024 Lina Rosli

Baru-baru ini, Tajria sempat mencuba menu-menu baharu dari Nando’s Malaysia. Restoran dari Afrika Selatan ini hadir dengan hidangan serba baharu dan juga yang telah diinovasikan dari rasa PERi-crackle – boleh mula dipesan bermula 6 Mei 2024.

Untuk menikmatinya, anda boleh memilih lokasi Nando’s yang ingin dikunjungi untuk ‘Dine-In’ ataupun melakukan pesanan secara atas-talian menggunakan aplikasi Nando’s.

Berdasarkan percubaan Tajria untuk menu baharu ini, semestinya rasa PERi-crackle dari Nando’s ini menawarkan rasa yang cukup lengkap – pedas, masam, masin, manis dan sedikit sitrus. Oleh sebab itu, ia sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis hidangan tidak kira nasi ataupun mi.

Di Nando’s, antara menu baharu yang diperkenalkan adalah:

  • PERi-honey Chicken Thigh Bowl – RM20.90
  • PERi-crackle Chicken Bowl – RM17.90
  • PERi-mac & cheese – RM17.90
  • PERi-honey Yuzu Wings – RM15.90 (4 ketul) | RM21.90 (6 ketul)
  • PERi-PERi Wings – RM14.90 (4 ketul) | RM20.90 (6 ketul)
  • PERi-crackle Wings – RM15.90 (4 ketul) | RM21.90 (6 ketul)

Untuk pengetahuan anda, rasa PERi-crackle ini hadir menerusi gabungan bahan-bahan yang dimasak bersama seperti bijan panggang, biji bunga matahari dan biji labu, bawang putih, bawang merah, dan sos PERi-PERi.

Jadi, berminat untuk mencuba menu baharu dari Nando’s ini? Kunjungi ke cawangan berdekatan anda bermula 6 Mei 2024.

Komen