Carian
Panasonic Memperkenalkan nanocare Hair Dryer EH-NA0J
May 2, 2024 Sofea

“Your Hair Is Your Crown” adalah suatu kata yang sering dikatakan dikalangan kita semua, terutamanya golongan wanita. Oleh sebab itu, penggunaan pengering rambut juga menjadi amalan biasa dalam penjagaan rambut harian kita. Dengan menggunakan pengering rambut, kita dapat mencapai pelbagai gaya rambut dengan lebih mudah dan cepat, tanpa perlu menunggu lama untuk rambut kering secara semulajadi.

Namun, terdapat sesetengah pengering rambut atau hair dryer boleh menyebabkan rambut anda menjadi rosak jika kerap digunakan. Ia boleh membuatkan rambut menjadi terlalu kering dan kasar. Bagi mengurangkan masalah ini, Panasonic memperkenalkan nanocare Hair Dryer EH-NA0J yang mampu memberikan sehingga 18 kali kelembapan pada rambut.

nanocare Hair Dryer EH-NA0J ini direka untuk mengurangkan rambut kering dengan teknologi nanoe MOISTURE+ dan mineral. Jika anda seorang yang sering mewarnakan rambut, pengering rambut ini juga dikatakan boleh membuatkan warna rambut kekal lebih lama. 

Kebiasaannya, untuk mengeringkan rambut juga memerlukan haba yang bersesuaian. Oleh itu, pengering rambut ini membawakan tiga mod yang berbeza iaitu cold, scalp dan juga skin. Dimana ia memberikan suhu yang bersuaian untuk penggunaan yang berbeza-beza. 

Untuk mod cold, ia membolehkan anda menggunakan suhu panas ataupun suhu sejuk untuk mengeringkan rambut. Untuk mod scalp, ia membawakan tetapan suhu 50 darjah celcius dengan 20% kelembapan untuk mengeringkan kulit kepala. Bagi mod skin pula, ia membawakan haba yang rendah untuk melembapkan kulit muka anda.

Rekabentuk pengering rambut ini juga adalah 25% lebih kecil berbanding model pengering rambut yang dikeluarkan oleh Panasonic sebelum ini. nanocare Hair Dryer EH-NA0J ini juga didatangkan dengan tiga perkakasan tambahan seperti set diffuser, set nozzle dan juga air boost noozle.

Jika anda berminat, nanocare Hair Dryer EH-NA0J ini dijual pada harga RM1,399. Melalui pembelian ini, anda berpeluang untuk dapatkan air kopi, mini bouquet dan pouch percuma. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk sertai cabutan bertuah dan menang hadiah bernilai sehingga RM24,954 jika anda membeli nanocare Hair Dryer EH-NA0J ini.

Jika anda mahu merasai sendiri pengalaman menggunakan nanocare Hair Dryer EH-NA0J, anda boleh datang ke jerayawara Panasonic yang diadakan dari 30 April 2024 sehingga 5 Mei 2024. Jerayawara ini bertempat di The Oval Concourse, LG Floor One Utama Shopping Center.

Komen