Carian
Evis Membawa Kerusi Urut Nirwayar Zenia Mendaki Puncak Tertinggi Di Malaysia
May 9, 2024 Lina Rosli

Kerusi urut tanpa wayar pertama di dunia iaitu Zenia, dilihat telah berjaya diletakkan di puncak tertinggi Malaysia – Gunung Kinabalu.

Puncak gunung yang selalu menjadi pemandangan yang menakjubkan dengan pemandangan yang memukau, menjadi lebih menarik dengan kehadiran keselesaan dan ketenangan kerusi urut selepas menempuh perjalanan yang panjang ke puncak gunung.

Langkah berani ini, yang melibatkan pengangkutan kerusi urut ke ketinggian lebih dari 4,000 meter di atas paras laut, adalah hasil dari inisiatif Evis, pengeluar terkemuka di Malaysia dalam penyelesaian ergonomik inovatif serta pencipta Zenia.

Tindakan ini disusun bagi menghormati pencapaian para pendaki yang yang berjaya mendaki puncak Gunung Kinabalu. Ia merupakan sebuah perayaan bagi semangat kemanusiaan dan keinginan untuk meneroka, yang secara keseluruhan mencerminkan nilai syarikat itu sendiri dalam bidang inovasi dan teknologi.

Dengan langkah ini juga, ia membuktikan bahawa Evis hadir dengan kualiti produk yang baik secara teknikalnya — apabila Zenia, telah membuat penampilannya dalam pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Tambah Evis, pendakian ini memberikan peluang untuk menunjukkan bagaimana kebolehan untuk bersantai boleh ditemui di mana-mana, ketika pendaki gunung yang turut serta menikmati keindahan landskap Gunung Kinabalu sambil berehat dengan menggunakan kerusi urut tersebut.

Pada masa ini, para pendaki yang melawat Gunung Kinabalu dapat merasai pengalaman menggunakan Zenia di ibu pejabat Taman Negara Kinabalu, atau di cawangan Laban Rata Sutera Sanctuary Lodges di titik rehat Laban Rata, yang merupakan rakan kongsi Evis dalam usaha ini.

Dengan menggabungkan faedah kerusi urut serta fungsi kerusi pejabat, Zenia menyediakan penyelesaian yang holistik bagi mereka yang mencari keselesaan dan kesihatan kepada tulang belakang, sambil menawarkan peluang untuk berehat dan menyegarkan diri selepas seharian bekerja.

Inovasi Zenia juga terletak pada ciri kawalan telefon intuitif, yang membolehkan individu menyesuaikan pengalaman urut mereka dengan hanya melalui aplikasi telefon pintar yang mesra pengguna— salah satu ciri inovatif yang membolehkan mereka menyesuaikan urutan untuk menumpukan di  kawasan tertentu.

Reka bentuk Zenia turut menampilkan sandaran tangan 5D, yang lebih meningkatkan pengalaman kepada pengguna, dan menyediakan penyesuaian multidimensi yang memastikan sokongan optimal bagi bahagian lengan dan bahu.

Ciri ini menggalakkan postur semula jadi yang santai, mengatasi ketidakselesaan yang disebabkan oleh menaip dalam tempoh masa yang panjang dan penggunaan tetikus secara berlebihan.

Salah satu ciri unggul Zenia adalah sokongan leher dan pinggang yang khusus, dihasilkan dengan teliti untuk menyelaraskan tulang belakang dan mengurangkan tekanan. Reka bentuk strategik ini secara aktif melawan kesan negatif postur buruk, yang merupakan kebimbangan umum di kalangan individu yang bekerja di pejabat.

Komitmen Zenia terhadap kesihatan tulang belakang ditekankan lagi dengan integrasi teknologi Z-Flux, satu inovasi revolusioner yang meniru sentuhan dan teknik tukang urut profesional. Teknologi ini menawarkan pengalaman yang menyegarkan, melegakan ketegangan dan tekanan selepas seharian bekerja atau, dalam kes ini, selepas seharian melakukan aktiviti fizikal yang mencabar.

Untuk mengalami masa depan yang ke arah keselesaan dan kesejahteraan, layari https://www.evis.com.my/  dan temui kenyamanan yang dibawa oleh Zenia.

Komen