Sewaktu sambutan Hari Pekerja yang lepas, iaitu pada 1 Mei 2024, pastinya ramai dalam kalangan individu yangmengambil peluang untuk menikmati rehat yang panjang selama beberapa hari untuk berehat.
Menurut data terbaharu Kumpulan Trip.com, Asia ialah destinasi pelancongan terhangat semasa tempoh Cuti Hari Pekerja ini – merangkumi kumpulan pelancong di seluruh dunia.
Di Malaysia, data Trip.com menunjukkan bahawa lokasi yang paling popular untuk pelancong selain Kuala Lumpur semasa Cuti Hari Pekerja ialah Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan Semporna.

Malah, Tawau juga merupakan antara lima bandar paling popular untuk pelancong China. Bagi yang tidak pengetahui, selain tarikan yang menarik di darat dan di laut, Tawau merupakan rumah kepada kawasan pengeluaran koko ketiga terbesar di dunia.
Nampaknya, pelancong turut mengambil peluang untuk menjelahah pulau-pulau yang cantik di Malaysia ketika musim panas ini. Antara pulau yang mendapat perhatian ramai termasuklah Pulau Mataking dan Pulau Mabul.

Menurut Pengurus Besar Trip.com, pelancong dari dalam negara dan juga seluruh dunia yang tiba di Malaysia akan mencari pengalaman unik seperti pelancongan sejarah dan pantai. Negara ini berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan tempoh perjalanan yang popular seperti Hari Pekerja.