Carian
Prism+ Hadir Dengan Peralatan Elektronik Baharu Untuk Rumah – Luna Smart Air Conditioner Dan Aura Smart Air Purifier
May 6, 2024 Lina Rosli

Bagi anda yang sedang mencari-cari alat elektronik untuk melengkapkan ekosistem rumah anda, Prism+ baru-baru ini telahpun melancarkan Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini jenama Prism+ menampilkan barisan jenis televisyen pintar yang bersesuaian untuk pelbagai jenis rumah. Dan kali ini, bagi menjadikan rumah anda lebih selesa dan moden, Prism+ mula memasarkan penyaman udara dan juga pembersih udara dengan rekaan yang minimalis – sesuai untuk rumah masa kini.

Menurut Prism+, Luna Smart Air Conditioner merupakan penyaman udara pintar pertama yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Untuk pengguna, anda boleh mendapatkan sama ada Luna Smart Air Conditioner 1.0HP ataupun 1.5HP – bergantung kepada saiz ruangan yang ingin didinginkan.

Apa yang menarik pada Luna Smart Air Conditioner juga adalah ia boleh diuruskan menggunakan aplikasi Prism+ Connect – yang mana pengguna boleh melakukan kawalan suhu, kawalan masa aktif dan nyahaktif hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Sama seperti penyaman udara mereka, Aura Smart Air Purifier juga dilengkapi dengan teknologi yang sama – boleh diaktifkan menggunakan aplikasi Prism+ Connect. Pembersih udara ini direka untuk memastikan tahap kebersihan udara di dalam rumah pada paras yang selamat. Penapis yang digunakan adalah jenis HEPA H13 terkini yang mempunyai ciri anti-bakteria dan anti-bau.

Mengenai Prism+ Connect, selain menawarkan akses kawalan dari jauh, PRISM+ Connect juga memperkasakan pemilik rumah dengan ciri berikut:

  • Routines: Menetapkan rutin yang biasa pengguna lakukan sama ada melibatkan proses pengaktifan penyaman udara ataupun kawalan suhu berdasarkan ambien ruang rumah.
  • Sensor Assisted Cooling: Mengaktifkan dan membiarkan penyaman udara pintar anda menentukan suhu berdasarkan alat kawalan jauh terbina dalam untuk mengesan suhu bilik
  • Insights: Ketahui Insights tentang penggunaan PRISM+ Luna Smart Aircon anda, dan bantu isi rumah anda mengenali corak penggunaan untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga melalui rutin.
  • Geofencing: Tetapkan parameter jarak untuk sistem penghawa dingin mereka dihidupkan dan dimatikan berdasarkan jarak anda untuk memastikan anda tidak perlu risau tentang kembali ke rumah yang terlalu panas atau bimbang tentang penggunaan tenaga kerana terlupa mematikan peranti anda.
  • Penyelenggaran: Pengguna boleh menjadualkan servis melalui ciri penyelenggaraan bersepadu pada aplikasi. Setakat ini, ia hanya terhad untuk pengguna di Lembah Klang sahaja.

Menarik bukan? Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan:

PRISM+ Lazada- (15 May)

PRISM+ Shopee- (15 May)

Komen