Carian
Aurelius Healthcare Memperkenalkan 13 Set Pakaian Seragam Hospital Baharu Yang Direka Oleh Rizman Ruzaini
May 7, 2024 Lina Rosli

Aurelius Healthcare telah melancarkan pakaian seragam hospital baharunya, yang merupakan hasil karya pereka duo tempatan terkenal, Rizman Ruzaini.

Kolaborasi unik ini menampilkan reka bentuk yang menyatukan keanggunan dengan ciri kemodenan, bagi memberi nafas baharu kepada pengalaman tetamu dan kakitangan di hospital.

Di bawah Aurelius Healthcare terdapat tiga hospital, iaitu Aurelius Hospital Negeri Sembilan, Aurelius Hospital Pahang, dan Aurelius Hospital Alor Setar yang bakal siap.

Koleksi itu menampilkan 13 set pakaian seragam untuk pelbagai jawatan yang berlainan, termasuk jururawat, khidmat pelanggan, pejabat hadapan, pembantu penjagaan kesihatan dan sebagainya. Ia direka dengan teliti dan memaparkan warna-warna cerah untuk pengecaman yang mudah.

Pakaian seragam itu membuat penampilan sulung pada pertunjukan fesyen yang berlangsung semasa rumah terbuka Aurelius Healthcare yang bertemakan ‘Glam Raya’.

Komen