Carian
Mesin Layan Diri Khas Yang Menawarkan Tuala Wanita Percuma Untuk B40 Diperkenalkan Di Sekolah Menengah Sains Selangor
May 8, 2024 Lina Rosli

Bagi setiap individu wanita yang mengalami haid, semestinya akses kepada tuala wanita adalah penting dan wajar untuk diberikan akses yang mudah untuk mendapatkannya.

Oleh itu, dengan hadirnya inisiatif baharu daripada ATLAS Vending dengan kerjasama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail dan Libresse Malaysia, ia dijangka sedikit sebanyak akan membantu para wanita menguruskan kesihatan haid mereka dengan lebih baik.

Untuk pengetahuan anda, ramai yang tidak menyedari kewujudan komuniti di mana wanita dan kanak-kanak perempuan bergelut untuk membeli produk kebersihan.

Ada dalam kalangan individu ini kadangkala hanya mampu menggunakan kain buruk atau kertas, yang menyebabkan rasa malu dan bimbang yang membawa kepada ketidakhadiran sekolah semasa tempoh haid.

Jadinya, menerusi mesin layan diri khas yang menawarkan tuala wanita dari ATLAS Vending ini, sebanyak 600 penerima dari Sekolah Menengah Sains Selangor (S.M.S.S), Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak (S.M.K.B.T.R) dan HCTM akan menerima kad yang membenarkan mereka untuk menerima satu pek kebersihan haid percuma setiap bulan melalui inisiatif ini.

Menurut ATLAS Vending lagi, sebuah lagi mesin akan dipasang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) Cheras di Bandar Tun Razak – dalam masa terdekat.

Komen