Carian
Ini 4 Model Kaca Mata Yang Sesuai Untuk Dijadikan Hadiah – Sempena Hari Ibu
May 8, 2024 Lina Rosli

Bersempena Hari Ibu, Coach Eyewear telah menyenaraikan beberapa jenis kaca mata yang sesuai untuk dipadankan dan digayakan oleh para ibu-ibu.

Seperti yang anda ketahui, jenama Coach ini dikenali dengan seni ketukangan sempurna dan reka bentuk ikonik dalam menyediakan barangan kulit. Dan tidak ketinggalan untuk item kaca mata, koleksi dari Coach memfokuskan kepada bayangan semula gaya klasik dengan sentuhan kontemporari.

Berikut adalah beberapa jenis kaca mata yang boleh anda dapatkan untuk ibu anda:

#1 Gaya Yang Lebih Moden Dan Minimalis – Coach HC8368D Dan Coach HC6215D

Direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan dan gaya sepenuhnya, rangkaian ini hadir dengan rekaan bingkai jenis bersegi.

Sama ada ibu anda lebih suka rupa moden atau feminin, cermin mata ini menawarkan fleksibiliti dan keanggunan dalam ukuran yang sama.

#2 Gaya Yang Lebih Santai Dan Ranggi – Coach HC8379 Dan Coach HC6222U

Tambahkan sentuhan aksen yang unik pada koleksi kaca mata hitam ibu anda dengan cermin mata Coach bercorak bunga.

Bingkai dengan rekaan kontemporari ini menampilkan kecintaan jenama terhadap motif, dipadankan dengan ton lutsinar yang tampak feminin – sekaligus menawarkan estetik segar dan bergaya yang sempurna untuk penampilan musim bunga dan musim panas Ibu.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi kaca mata Coach Eyewear ini, ia boleh didapati di Focus Point, Alook, MOG dan kedai optik utama yang lain.

Komen