Detik yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat dan pemain bola keranjang tempatan kini tiba dengan pengenalan pek ‘Playoffs’ terbaharu hasil kerjasama ANTA dan ikon NBA, Kyrie Irving.
Pengeluaran terbaharu ini menandakan penampilan sulung siri ANTA KAI 1 di Malaysia yang kini boleh di cawangan ANTA terpilih di seluruh negara, siri terbaharu dalam koleksi ANTA KAI 1 ini akan memperkenalkan dua warna baharu yang diinspirasikan daripada perjalanan istimewa Kyrie Irving dalam sukan bola keranjang.
ANTA KAI 1 ‘Playoffs’ melambangkan satu langkah penting bagi ANTA Malaysia dalam menghasilkan gabungan inovasi, gaya, dan intipati kesenian Kyrie Irving untuk peminat bola keranjang di Malaysia, terutamanya bagi peminat setia Irving yang gigih mengikuti perjalanan NBA beliau.
Kolaborasi ini membuktikan komitmen ANTA untuk menyampaikan koleksi kasut dan pakaian premium yang disesuaikan dengan aspirasi atlet tempatan dan peminat pakaian jalanan (streetwear).
Pilihan kombinasi warna ANTA KAI 1 ‘Playoffs’ Home and Away
Sebagai penghormatan kepada pasukan Irving, Dallas Mavericks, pek ‘Playoffs’ menampilkan dua edisi berbeza: Playoff Home dan Playoff Away. Ia didatangkan dengan skema warna putih, navy, merah, kuning, hijau, dan ungu, dan setiap kasut merangkumi ciri-ciri penting untuk kejayaan di gelanggang.
Playoff Home menampilkan bahagian atas yang berwarna Papyrus White manakala Playoff Away menampilkan bahagian atas yang berwarna Deep Sea Blue.
Diinspirasikan oleh jersi irving yang bernombor 11 dan latar belakang Penduduk Asal Amerika Syarikat beliau, koleksi terbaharu ini menggabungkan tenunan ‘Artist on Court’ yang menggambarkan gaya permainan Irving, aksara hieroglif dan motif tribal, yang mencipta nilai estetika unik dan sangat bermakna.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi ANTA KAI 1 ‘Playoffs’, anda boleh layari laman web rasmi ANTA (https://bit.ly/4b0jSLh) atau ikuti @ANTAMalaysia di Instagram atau Facebook.